Connect with us

Hi, what are you looking for?

Six Nations will be on schedule
Six Nations tetap berlangsung mengikut jadual

NEWS

SIX NATIONS TETAP DITERUSKAN MENGIKUT JADUAL

Penganjur kejohanan ragbi Guinness Six Nations menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa jadual acara tersebut akan dianjak ke musim panas berikutan kebimbangan serta peningkatan jangkitan COVID-19.

Perlawanan pembukaan akan menyaksikan Itali menyambut kunjungan Perancis pada 6 Februari nanti manakala England menghadapi Scotland di Twickenham, London pada tarikh yang sama diteruskan seperti dijadualkan.

Laporan Rugbypass memetik jurucakap penganjur Six Nations sebagai berkata, perlawanan berjalan mengikut jadual meskipun terdapat beberapa cadangan menunda kejohanan tersebut ke musim panas.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan wujudnya khabar angin bahawa Lions Tour 2021 bakal ditangguhkan berikutan perkembangan terkini kes COVID-19 di Afrika Selatan yang dikesan mempunyai varian baharu.

Meskipun demikian, penganjur Six Nations tetap memantau situasi semasa dan bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan dan agensi kerajaan terlibat bagi memastikan kejohanan dijalankan dengan jayanya.

Bagi England, dalam kenyataan melalui RFU, mereka tetap komited dengan jadual kejohanan Six Nations dan sentiasa memantau keadaan semasa dengan semua pihak.

Sekiranya Six Nations dianjakkan ke musim panas, Lions Tour harus dibatalkan segera namun Pengarah Urusan Lions, Ben Calveley akan mengumumkan keputusan terkini pada bulan Februari nanti.

Laporan media sebelum ini menyebut kemungkinan penangguhan atau pembatalan Lions Tour ke Afrika Selatan disebabkan varian baharu dikesan yang mempunyai kebolehjangkitan lebih tinggi.

Baca laporan Ragbi.MY mengenai pelan kontigensi Lions Tour 2021 di sini >>

Untuk melanggan majalah Ragbi.MY, klik di sini >>

Ketahui kisah dua pemain lejen negara tahun 80-an dalam edisi #5 Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

England will be limited to selecting squads of 28 players for their Guinness Six Nations title defense in an effort to enhance coronavirus safety...

NEWS

Meskipun nasib penganjuran Guinness Six Nations masih lagi menjadi tanda tanya, Ketua Jurulatih Perancis, Fabien Galthie telah mempersiapkan skuad Les Bleus bagi menghadapi kejohanan...

NEWS

Lions Tour 2021 yang dijadualkan pada bulan Jun dan Julai di Afrika Selatan berkemungkinan dijadualkan semula berikutan situasi pandemik COVID-19 yang meruncing khususnya di...

NEWS

World Rugby has announced the match officials for the men’s Guinness Six Nations 2021 which runs from 6 February to 20 March. The appointments...

Advertisement
0