Connect with us

Hi, what are you looking for?

France announce 37 players for Six Nations campaign

NEWS

PERANCIS UMUM SKUAD HADAPI KEMPEN SIX NATIONS

Meskipun nasib penganjuran Guinness Six Nations masih lagi menjadi tanda tanya, Ketua Jurulatih Perancis, Fabien Galthie telah mempersiapkan skuad Les Bleus bagi menghadapi kejohanan berprestij itu.

Baru-baru ini, Galthie telah mengumumkan senarai 37 orang pemain termasuk tiga muka baru yang dipilih untuk menyarung jersi Perancis.

Pengumuman skuad kebangsaan Perancis yang bakal beraksi di Guinness Six Nations

Tiga pemain tersebut adalah Donovan Taofifenua yang mewakili kelab Racing 92, bermain di posisi wing, Georges-Henri Colombe selaku prop daripada kelab yang sama dan Julien Delboius yang bermain di posisi centre di Stade Francais.

Skuad pimpinan Galthie akan memulakan saingan pusingan pertama menentang Itali di Stadio Olimpico pada 6 Februari depan.

Bintang utama Perancis yang juga pemain terbaik Six Nations 2020, Antoine Dupont, bermain di posisi halfback bakal menggalas tugas berat bagi memastikan kejayaan tahun ini setelah mengakhiri kempen pada tahun lepas sebagai naib juara.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu dilaporkan hanya memberi kebenaran kepada pasukan kebangsaan negara itu untuk bertemu Itali di Rome pada 6 Februari nanti.

Kerajaan Perancis menuntut jaminan daripada pihak berkuasa England dan Ireland bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan COVID-19 sebelum meneliti kebenaran berkunjung ke negara tersebut untuk perlawanan berikutnya.

Skuad Perancis akan memulakan latihan di Nice bermula 25 Januari ini hingga 5 Februari sebelum berangkat ke Rome untuk perlawanan pembukaan Six Nations.

SKUAD SIX NATIONS PERANCIS
FRONT ROW: Uini Atonio (34 caps), Cyril Baille (23), Pierre Bourgarit (3), Camille Chat (30), Georges-Henri Colombe (0), Jean-Baptiste Gros (5), Mohamed Haouas (7),, Hassane Kolingar (2), Julien Marchand (9);
SECOND ROW: Killian Geraci (2), Bernard Le Roux (44), Baptiste Pesenti (2), Swan Rebbadj (1), Romain Taofifenua (20), Paul Willemse (12);
BACK ROW: Gregory Alldritt (18), Dylan Cretin (5), Francois Cros (8), Anthony Jelonch (4), Charles Ollivon (18), Selevasio Tolofua (1);

SCRUM-HALF: Baptiste Couilloud (5), Antoine Dupont (27), Baptiste Serin (39);
OUT-HALF: Louis Carbonel (2), Matthieu Jalibert (8);
CENTRE: Julien Delbouis (0), Gael Fickou (58), Virimi Vakatawa (27), Arthur Vincent (7);
WINGERS: Damian Penaud (17), Donovan Taofifenua (0), Teddy Thomas (22), Gabin Villiere (2);
FULL-BACK: Anthony Bouthier (6), Brice Dulin (31), Thomas Ramos (14).

Langgan majalah Ragbi.MY dengan pelbagai laporan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa >>

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

England will be limited to selecting squads of 28 players for their Guinness Six Nations title defense in an effort to enhance coronavirus safety...

NEWS

Penganjur kejohanan ragbi Guinness Six Nations menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa jadual acara tersebut akan dianjak ke musim panas berikutan kebimbangan serta peningkatan jangkitan...

NEWS

World Rugby has announced the match officials for the men’s Guinness Six Nations 2021 which runs from 6 February to 20 March. The appointments...

FEATURES

Menjelang aksi perlawanan pusingan pertama kejohanan ragbi Six Nations pada 1 Februari ini di antara Wales menentang Itali dan Scotland bertemu Ireland, peminat ragbi...

Advertisement
0