Connect with us

Hi, what are you looking for?

JRTL ditunda ke tarikh lain
JRTL dijadualkan semula berikutan pengingkatan kes COVID-19

NEWS

JRTL 2021 DITUNDA AKIBAT KEBIMBANGAN COVID-19

Penjadualan semula JRTL berikutan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pemain dan pegawai kelab

Berbaki dua hari menjelang sepak mula Japan Rugby Top League (JRTL) 2021, hari ini peminat ragbi di Negara Matahari Terbit itu dikejutkan dengan berita penundaan perlawanan pusingan awal liga itu.

Japan Rugby Football Union (JRFU) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa penjadualan semula JRTL adalah disebabkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pemain kelab-kelab yang menyertai liga tersebut.

Meskipun baru-baru ini media melaporkan JRTL tetap diteruskan mengikut jadual, namun perkembangan terkini pandemik di Jepun semakin membimbangkan memaksa penjadualan semula serta perubahan pada format pertandingan.

Pada hari ini (14 Januari) sebanyak 18 kes direkodkan melibatkan pemain dan kakitangan kelab iaitu 3 kes di NEC Green Rockets, 10 kes di Kobe Steel Kobelco Steelers dan 5 kes melibatkan Toshiba Brave Lupus.

Dalam pemakluman tersebut, JRFU mendapati sangat sukar untuk meneruskan penganjuran liga lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan semua pemain dan pegawai terlibat.

JRTL juga akan dilaksanakan dengan format alternatif dan penundaan perlawanan adalah selaras dengan seksyen 2 dan 3 daripada Artikel 25 Peraturan Liga.

Japan Rugby Top League Regulations Article 25 “Requirements for League Completion”

25.1 Each stage (1st and 2nd stages) shall be considered as being completed when 75% of its scheduled matches are held. Judgment on whether completed or uncompleted shall be made for each stage. In this Article, “a match held” shall not include any canceled matches pursuant to Article 57 but include a match considered as a defeat pursuant to Article 60.

25.2 In a case where the Chairman determines that it would be difficult to continue to be holding the 1st stage, the 2nd stage or the play off in light of the domestic and international circumstances of COVID-19 or any other pandemic, the relevant stage or play-off may be considered as uncompleted. The Chairman’s decision shall take precedence even if the Section 25. 1 is met.

25.3 If one of the stages is considered as uncompleted, an alternative format shall be introduced by the decision of the Chairman.

25.4 If an alternative format is not possible to be introduced, or, the tournament becomes uncompleted in the alternative format, the ranking at the last completed stage shall be deemed as the final ranking. The method of determining the ranking shall be separately established by the JRTL.

Bagi peminat ragbi di Malaysia, pastinya sedikit kecewa apabila tidak dapat menyaksikan bintang negara, Dineshvaran Krishnan atau Duke beraksi bersama kelabnya Hino Red Dolphins pada perlawanan pembukaan menentang NTT Docomo Red Hurricanes 16 Januari ini.

Peminat ragbi tanahair pastinya menantikan aksi Duke bersama pasukannya Hino Red Dolphins pada saingan musim 2021 (Gambar: hino-reddolphins.com)

Ikuti perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan secara eksklusif untuk anda hanya di Ragbi.MY.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

The Japan Rugby Football Union (JRFU) announced the tournament outline and the schedule for “Japan Rugby Top League 2021” which will start on January...

Advertisement
0