Ragbi.My sentiasa mengiktiraf semua pihak terlibat dalam memartabatkan sukan ragbi sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kali ini kami bawakan Adam Ghazali, jurugambar yang telah mengharumkan nama negara dalam bidang fotografi.
Seperti Adam dan rakan-rakan jurugambar lain, merekalah wira di sebalik tabir yang tugasnya merakamkan pelbagai aksi menarik untuk tontonan umum.
Adam merupakan seorang jurugambar muda berbakat besar dengan pengalaman luasnya dalam fotografi sukan, mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih selaku penerima anugerah penghargaan daripada Persatuan Media Sukan Antarabangsa Asia (AIPS Asia) sewaktu mengikuti Kursus Latihan Wartawan Muda Asia (YSR 2018) di Arab Saudi.
Mula melibatkan diri sebagai jurugambar sukan sejak 2013 lagi, Adam yang juga lulusan Pentadbiran Korporat UiTM tidak menoleh ke belakang apabila minat dan keazaman mengatasi segalanya, menjadikan beliau antara individu disegani di dalam mahupun di luar negara.
Bagi Adam, pengalaman sebagai jurugambar telah membawanya ke serata dunia bagi merakam aksi sukan dalam pelbagai acara.
Namun ragbi tetap menjadi kegemarannya kerana kepantasan dan cabaran yang diperlukan sebagai jurugambar berkemahiran tinggi untuk merakam setiap aksi.
INFO
NAMA : MOHAMAD AMIRUL MOHD ADNAN ALI
PANGGILAN : ADAM GHAZALI
ASAL : KELANTAN
UMUR : 31 TAHUN
PENGALAMAN
– Liputan Kejohanan Universiti Asia, Palembang, Indonesia
– Kejohanan Futsal AFC, Kuala Lumpur
– Liputan HSBC Hong Kong Sevens di Hong Kong
– Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 & Sukan SEA Manila 2019
– Kejohanan AFC B23 tahun, China
– Jurugambar Temasya Sukan Asia 2018, Jakarta/Palembang Indonesia
– Kejohanan sukan tempatan melibatkan agensi kerajaan dan swasta
Rakaman aksi di Hong Kong Sevens







Dapatkan majalah terkini Ragbi.MY serta koleksi tahun 2020 terus kepada anda >>


You must be logged in to post a comment Login