PERSEDIAAN HADAPI SUKAN ASIA 2026 BERMULA AHAD INI

Malaysia Rugby (MR) telah menyenaraikan 20 orang pemain yang akan memulakan latihan di Kompleks Sukan Negara bermula Ahad ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kehormat MR, Amrul Hazarin Hamidon seperti yang dilaporkan oleh portal berita New Straits Times hari ini.

Menurut laporan tersebut, Kompleks Sukan Negara yang akan dibuka semula bagi tujuan latihan atlet-atlet negara akan dilaksanakan dengan penguatkuasaan SOP yang ketat, namun itu tidak memberi masalah kepada pelatih untuk mematuhinya, jelas Amrul.

Jelasnya lagi, 20 pemain yang disenaraikan terdiri daripada skuad projek Sukan Asia 2026 di Nagoya yang mensasarkan kutipan pingat pada temasya tersebut.

“Latihan akan berlangsung dalam kumpulan kecil supaya pemantauan dapat dilakukan dengan mudah manakala jurulatih akan mengubahsuai program latihan supaya ianya dapat dilaksanakan tanpa sentuhan (non-contact),” katanya lagi.

“Walaupun tiada kejohanan besar berlangsung pada tahun ini namun latihan harus diteruskan memandangkan perancangan jangka panjang telah digariskan buat skuad ini,” ujar Amrul.

Kesemua atlet, jurulatih, pegawai serta kumpulan sokongan yang terlibat dalam latihan akan melalui ujian pengesanan (swab test) dan dikuarantin selama dua hari sehingga keputusan ujian diterima.

Dapatkan majalah terkini Ragbi.my yang sarat dengan pelbagai kisah wira negara & isu semasa!

Klik untuk mendapatkan edisi terkini majalah Ragbi.My

RAGBI.MY KONGSI IDEA & KEPAKARAN BANGUNKAN KOMUNITI PENGGIAT SUKAN RAGBI

Majalah ragbi pertama di Malaysia kini tampil sekali lagi sebagai penggerak kepada pembangunan di peringkat akar umbi melalui pelbagai jalinan kerjasama antara pihak swasta dan agensi kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ragbi.My, Mohd Mazuri Sallehudin berkata, sebagai platform media sukan tempatan, pihaknya bukan sahaja mahu memartabatkan sukan itu malah ingin bersama-sama membangunkan komuniti ragbi tanpa mengira umur.

Read more

SEGMEN KOPI-O PANAS KINI MELANGKAH KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Rancangan temubual secara LIVE yang dibawakan oleh Ragbi.My pada setiap minggu kini melangkah lebih jauh apabila segmen pada 1 Julai nanti menampilkan tetamu istimewa dari Afrika Selatan.

Segmen bual bicara Kopi-O Panas yang kini memasuki edisi kelima mendapat sambutan hangat daripada penggiat dan peminat sukan ragbi tempatan untuk sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman dalam memajukan sukan tersebut.

Read more
0