CALEB CLARKE JELMAAN JONAH LOMU?

Nama Caleb Clark secara tiba-tiba ‘meletup’ dan mendapat perhatian peminat ragbi dunia melalui aksi hebat dipersembahkannya pada pertemuan di antara All Blacks dan Wallabies baru-baru ini.

Menjadi bintang sekelip mata, Caleb Clarke yang dilahirkan pada tahun 1999 memulakan aksi pertamanya bersama All Blacks pada perlawanan pembukaan Bledisloe Cup (11 Oktober 2020) menyaksikan keputusan seri 16-16 di Sky Stadium, Wellington.

Read more

AZYMA CARE SEDIA PRODUK KHUSUS UNTUK RUGGERS

Ada masalah bau badan ataupun masalah kulit ?

Memperkenalkan Gel mandian premium daripada Azyma Care yang diperbuat daripada tanah liat kaolin, mempunyai tekstur yang unik dan memberi kesegaran berpanjangan. Boleh menghilangkan masalah bau badan sekaligus dapat mengatasi masalah kulit seperti gatal-gatal badan, ruam, ekzema, kudis, sunburn atau parut.

Read more

MAMPUKAH WALLABIES LEBURKAN REKOD DI EDEN PARK?

Kurang 24 jam menjelang perlawanan All Blacks dan Wallabies, ketika ini perbualan peminat ragbi tanahair serta antarabangsa pastinya bertumpu kepada perlawanan kedua Bledisloe Cup yang dijadualkan berlangsung esok di Eden Park, Auckland.

Berkeputusan seri pada perlawanan pertama, peminat All Blacks mengharapkan prestasi pemain-pemain disenaraikan mampu mempertahankan rekod cemerlang di Eden Park yang menjadi kebanggaan sehingga kini.

Aksi perlawanan 2019 disiarkan menjelang perlawanan esok

Kali terakhir Australia menewaskan New Zealand di Eden Park ialah pada 6 September 1986 dengan mata 22-9 menyaksikan David Campese antara penyumbang try buat Wallabies.

Keputusan seri (16-16) pada minggu lepas menyaksikan Australia mendaki dua anak tangga (ke kedudukan kelima) dalam ranking dunia World Rugby manakala New Zealand masih kekal di tangga kedua.

Seramai enam pemain mencipta debut mereka di Wellington minggu lepas iaitu Hoskins Sotutu, Caleb Clarke dan Tupou Vaa’i (All Blacks) manakala Harry Wilson, Hunter Paisami and pencipta try Filipo Daugunu daripada pasukan Wallabies.

SENARAI PEMAIN ALL BLACKS

1.Joe Moody, 2. Dane Coles, 3. Ofa Tuungafasi, 4. Patrick Tuipulotu, 5. Tupou Vaa’i, 6. Shannon Frizell, 7. Sam Cane (captain), 8. Ardie Savea, 9. Aaron Smith, 10. Richie Mo’unga, 11. Caleb Clarke, 12. Jack Goodhue, 13. Anton Lienert-Brown, 14. Jordie Barrett, 15. Beauden Barrett.

Simpanan: 16. Codie Taylor, 17. Alex Hodgman, 18. Nepo Laulala, 19. Scott Barrett, 20. Hoskins Sotutu, 21. TJ Perenara, 22. Rieko Ioane, 23. Damian McKenzie.

Senarai penuh 23 pemain All Blacks untuk perlawanan kedua Bledisloe Cup

SENARAI PEMAIN WALLABIES

1. James Slipper, 2. Brandon Paenga-Amosa, 3. Taniela Tupou, 4. Lukhan  Salakaia-Loto, 5. Matt Philip, 6. Ned Hanigan, 7. Michael Hooper (captain), 8. Harry Wilson, 9. Nic White, 10. James O’Connor, 11. Marika Koroibete, 12. Matt To’omua, 13. Hunter Paisami, 14. Filipo Daugunu, 15. Tom Banks.

Simpanan: 16. Jordan Uelese, 17. Scott Sio, 18. Allan Alaalatoa, 19. Rob Simmons, 20. Liam Wright, 21. Jake Gordon, 22. Jordan Petaia, 23. Reece Hodge.

Wallabies turut mempertaruhkan skuad terbaik mereka menjelang perlawanan esok
Panduan masa perlawanan untuk bandar-bandar utama dunia

0