Connect with us

Hi, what are you looking for?

MTA sah keanggotaan FIT
Logo rasmi Malaysia Touch Association (MTA)

NEWS

AHMAD SUFIANI DIPILIH PRESIDEN PERSATUAN SUKAN TOUCH MALAYSIA PENGGAL 2021-2023

Jawatankuasa dilantik berikrar majukan sukan touch di seluruh negara

Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Persatuan Sukan Touch Malaysia pada 3 Oktober lepas menyaksikan Haji Ahmad Sufiani Johari dipilih selaku Presiden badan sukan tersebut bagi penggal 2021-2023.

Manakala Presiden Persatuan Touch Negeri Sembilan, Haji Mohd Farid Shah Mohd Basir dipilih selaku Timbalan Presiden.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Sukan Touch Malaysia, Samsul Norazim Samsudin berkata, mesyuarat dan pemilihan berlangsung secara dalam talian dengan dihadiri perwakilan daripada tujuh persatuan negeri yang telah diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Negeri-negeri tersebut adalah Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu dan Sarawak.

Manakala persatuan negeri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka serta beberapa negeri lain sedang menunggu kelulusan penubuhan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Sufiani, 45, merupakan pengasas dan presiden interim Persatuan Sukan Touch Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam sukan ini di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pada penganjuran Piala Dunia Touch 2019 Putrajaya, Sufiani bertindak selaku Ketua Jawatankuasa Penganjur dan kepimpinan beliau menyaksikan Malaysia dinobatkan sebagai penganjur terbaik oleh Persekutuan Sukan Touch Antarabangsa (Federation of International Touch (FIT).

Malaysia juga telah disahkan oleh badan induk dunia tersebut sebagai Ahli Badan Gabungan Rasmi pada 19 Ogos 2021.

Dengan pengiktirafan tersebut, Malaysia kini mendapat kelayakan untuk menyertai semua acara anjuran FIT, layak dijemput untuk semua acara anjuran FIT, diberi akses dan penyertaan penuh dalam program pembangunan sukan touch serta diberi hak untuk hadir, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung badan dunia itu.

Kehadiran Malaysia dalam badan dunia berkenaan menjadikan sejumlah 46 buah negara kini bernaung di bawah FIT.

Di dalam ucapan sulungnya selaku Presiden, Sufiani merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa interim yang telah bertungkus lumus memastikan penubuhan badan sukan kebangsaan menjadi kenyataan seterusnya berazam mengembangkan lagi potensi sukan touch kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hj. Ahmad Sufiani Johari, Presiden Persatuan Sukan Touch Malaysia

Antara yang dirancang ialah penganjuran Liga Touch Kebangsaan (Inaugural National Touch League) yang dijadualkan pada awal bulan Disember nanti di Putrajaya serta program pembangunan akar umbi di seluruh negara.

Senarai penuh ahli jawatankuasa Persatuan Sukan Touch Malaysia bagi penggal 2021-2023 adalah seperti berikut:

A. MTA MAIN COMMITTEES: 

MTA PRESIDENT

Hj. Ahmad Sufiani Johari – Putrajaya Touch Association

MTA DEPUTY PRESIDENT

Hj. Mohd Farid Shah Mohd Basir – Touch Association Negeri Sembilan (TANS) 

MTA VICE PRESIDENT (4) 

Shazmi Ali Sardar Ali – Touch Association Selangor (TAS) 

Jake Abbas – Pahang Touch Association (PTA) 

Hafizan Fuad – Touch Association Johor (TAJ) 

Hj. Hafisz Rachman Drahman – Sarawak Touch Association (STA) 

(Note: MTA Constitution, Section 17.2 : Secretary-General and Treasurer will be appointed by President)

Secretary-General      : Samsul  Norazim Samsudin

Assistant Secretary    : Iqmarl Hadi Kamal

Treasurer                    : Cut Iffa Izza Tengku Ermanda

Assistant Treasurer    : Anis Amyra Azami

B. MTA SUB COMMITTEES: 

DIRECTOR OF SPORT DEVELOPMENT

Mohd Atif Abdullah – Putrajaya Touch Association

DIRECTOR OF EVENTS

Iqmarl Hadi Kamal – Putrajaya Touch Association

DIRECTOR OF TECHNICAL

Muhammad Nor Amirul Mazlan – Putrajaya Touch Association

DIRECTOR OF DISCIPLINE

Martha Mervy – Sarawak Touch Association (STA) 

DIRECTOR OF COACHING

Al Jeffery Mohd Iszeham – Touch Association Selangor (TAS) 

DIRECTOR OF REFEREE

Samsul Norazim Samsudin – Putrajaya Touch Association

DIRECTOR OF SPORTS SCIENCE

Mohd Ehsan Manan – Putrajaya Touch Association

DIRECTOR OF NATIONAL TEAM SELECTION

Mohd Mazuri Sallehuddin – Touch Association Negeri Sembilan (TANS) 

DEPUTY DIRECTOR OF NATIONAL TEAM SELECTION

Muhammad Firdaus Zakarya – Touch Association Selangor (TAS) 

DIRECTOR OF WOMEN’S AFFAIRS

Nurul Elia Anuar – Putrajaya Touch Association

DIRECTOR OF CHILDREN’S AFFAIRS

Mohd Hafiz Basri – Putrajaya Touch Association

DEPUTY DIRECTOR OF CHILDREN’S AFFAIRS

Evanna Devi Seyapalan – Touch Association Selangor (TAS) 

DIRECTOR OF PUBLIC SAFETY & TRAFFIC CONTROL

Mohd Sukri Seh Dom – Touch Association Johor (TAJ) 

DIRECTOR OF MEDIA RELATIONS

Hj. Mohd Adib Mohamad Ali Nasri – Putrajaya Touch Association

MTA AUDITOR

Sally Sheriza Ahmad – Sarawak Touch Association (STA) 

C. MTA JOINT-COMMITTEES

MINISTRY OF EDUCATION JOINT-COMMITTEE CHAIRMAN (Bahagian Sukan KPM: MSSM & PASJK)

Syed Affendi Syed Ibrahim – Touch Association Kuala Lumpur (TAKL) 

MINISTRY OF HIGHER EDUCATION JOINT-COMMITTEE CHAIRMAN (MASUM, MASISWA & MSP)

Mohd Zulfadili Hamzah – Melaka Touch Association (META) 

MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOOLS JOINT-COMMITTEE CHAIRMAN 

Jennab Zulkifly – Pahang Touch Association (PTA) 

NATIONAL SPORTS COUNCIL JOINT-COMMITTEE CHAIRMAN (SUKAN MALAYSIA ‘SUKMA’)

Yuzamri Yusof – Terengganu Touch Association (TTA) 

OLYMPIC COUNCIL MALAYSIA JOINT-COMMITTEE CHAIRMAN (SEA GAMES)

Farid Rahman – Touch Association Negeri Sembilan (TANS) 

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA JOINT-COMMITTEE CHAIRMAN (National Touch Development Program – NTDP)

Fatimah Abdul Samad 

SPECIAL PROJECT JOINT-COMMITTEE CHAIRMAN (UNICEF & PEYATIM Orphans Malaysia)

Danial Syahiran Ho – Pahang Touch Association (PTA)

DAPATKAN EDISI #17 MAJALAH RAGBI.MY DI PASARAN SEKARANG

https://ragbi.my/ragbi-my-shop/
Dapatkan majalah Ragbi.MY edisi 17 yang kini berada di pasaran

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: MTA UMUM TARIKH NATIONAL TOUCH LEAGUE - Ragbi.MY

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0