AKSES PERCUMA MAJALAH DIGITAL UNTUK PENGGUNA EMAIL MOE
Ragbi.MY – Majalah ragbi pertama di Malaysia tampil dengan inisiatif terbaru bagi menyokong Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara atas talian dengan memberikan akses percuma majalah digital kepada pelajar dan guru di negara ini.
Melalui inisiatif itu, akses percuma majalah digital Ragbi.MY diberikan kepada pelajar dan guru yang mempunyai akaun email berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Contoh pengguna email KPM (MOE):
- m-12345678@moe-dl.edu.my (murid)
- g-12345678@moe-dl.edu.my (guru)
Pengguna akaun email MOE hanya perlu log masuk di laman web Ragbi.MY dengan memilih LOGIN WITH GOOGLE ACCOUNT.
Ragbi.MY dalam kenyataannya menjelaskan, akses percuma yang diberikan ini bakal memberi manfaat kepada lebih 4 juta pelajar (sekolah rendah dan menengah) serta 400 ribu guru di negara ini untuk mendapatkan bahan bacaan dan rujukan khusus berasaskan sukan dan kesihatan.
MENYOKONG PROGRAM NILAM
Selain menyediakan bahan bacaan dan rujukan, akses percuma majalah digital membolehkan pelajar untuk menyertai Program NILAM oleh KPM yang menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.
MANFAAT KEPADA GURU DAN PELAJAR SEKOLAH
Seiring dengan norma baharu dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR), akses kepada portal dan majalah digital Ragbi.MY boleh dijadikan sumber rujukan dan pembelajaran harian bagi mempelbagaikan serta menambah minat pelajar untuk berinteraksi secara atas talian.

Kandungan portal Ragbi.MY yang informatif dan interaktif bukan sahaja membawakan perkembangan terkini mengenai dunia ragbi, malah turut menyediakan informasi berkaitan kesihatan, kecergasan, pemakanan sihat di samping menyokong pembangunan ragbi akar umbi.
Dengan akses percuma yang diberikan kepada pelajar dan guru, diharapkan ianya dapat memacu ekosistem pendidikan negara berteraskan teknologi dan norma baharu sekaligus mengangkat martabat sukan ragbi ke peringkat lebih tinggi.
Ragbi.MY merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kesatuan Ragbi Malaysia, kelab-kelab ragbi tanahair, organisasi korporat serta orang perseorangan yang sentiasa menyokong usaha mempromosikan sukan ragbi kepada umum.
Tahun lepas, Ragbi.MY memperkenalkan acara larian maya (virtual run) bagi menggalakkan budaya sihat dalam kalangan komuniti ragbi berikutan pandemik COVID-19 dan mendapat penyertaan hampir 4,000 peserta seluruh negara.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai inisiatif ini, emailkan butiran kepada editor@ragbi.my

You must be logged in to post a comment Login