Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Asia Rugby Umum Pembatalan Kejohanan Untuk Suku Ketiga Tahun 2020

Asia Rugby dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan dan Perubatan Pemain telah mengambil langkah untuk membatalkan semua pertandingan yang dijadualkan dari 1 Julai 2020 hingga 30 September 2020.

Ini adalah berketepatan dengan garis panduan ‘Return To Play’ yang dikeluarkan oleh World Rugby dengan mengambil kira keadaan wabak pandemik dan keselamatan pemain.

Menurut Presiden Asia Rugby Qais Al Dhalai berkata, “Kebajikan dan keselamatan pemain, peminat dan semua orang yang bekerja pada acara tersebut selalu menjadi keutamaan tertinggi Asia Rugby. Keputusan yang bijaksana ini diambil untuk membantu melindungi komuniti ragbi Asia dan masyarakat secara amnya”

Presiden Asia Rugby, Qais Al Dhalai umumkan pembatalan pertandingan peringkat Asia bagi menjamin keselamatan semua yang terlibat

Beliau menambah, “Keputusan kami adalah berpandukan daripada maklum balas  Jawatankuasa Kebajikan dan Perubatan Pemain, berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh World Rugby mengenai keselamatan pemain, dan garis panduan perjalanan dan kesihatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa. “

?Breaking News: Asia Rugby Cancels Competitions Fixtures for the Third Quarter of 2020#StaySafe #AsiaRugbyRead…

Posted by Asia Rugby on Wednesday, June 3, 2020
Pengumuman di laman page Facebook Asia Rugby semalam

Asia Rugby akan memberikan maklumat terkini mengenai pertandingan yang dijadualkan dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 menjelang 1 Ogos nanti.

Berikut adalah antara senarai Pertandingan yang telah dibatalkan untuk tahun 2020:

  1. Men’s Asia Rugby Championship 2020
  2. Asia Rugby Men’s Division 2
  3. Asia Rugby Men’s Division 3
  4. Women’s Asia Rugby Championship 2020
  5. Asia Rugby Women’s Division 1 2020
  6. Asia Rugby Women’s Division 2 2020
  7. Asia Rugby Under 19s XVs
  8. Asia Rugby Under 19 Division 1
  9. Asia Rugby Under 19 Division 2
  10. Asia Rugby Sevens Series 2020
  11. Asia Rugby Sevens Trophy
  12. Asia Rugby U20s 7s Championship 2020
  13. Asian Touch Cup 2020

Pembatalan kejohanan-kejohanan ini pastinya mengecewakan peminat ragbi tanahair yang mengikuti perkembangan skuad tujuh sebelah Rimau 7’s dengan barisan pemain B22 untuk beraksi di Asia Rugby Sevens Series 2020 Ogos nanti.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Bekas kapten pasukan kebangsaan kongsi kisah kegemilangan Malaysia tahun 80-an

FEATURES

Bukit Beruang Rugby Club bermula dari bawah dan terus mencipta pelbagai kejayaan

FEATURES

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, skuad wanita 7s negara tetap menumpukan perhatian terhadap program latihan pada ketika ini. Berlatih berpandukan SOP, skuad...

NEWS

RM2 juta ialah dana diperlukan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi merealisasikan penyertaan dan penganjuran Kejohanan Ragbi Asia (ARC) tahun ini. Memetik laporan BERNAMA,...

Advertisement
0