Connect with us

Hi, what are you looking for?

AURB
AURB sebuah kelab akar umbi yang sentiasa berusaha membangunkan bakat pelajar berpotensi dalam sukan ragbi

FEATURES

AURB PACU MASA DEPAN RAGBI MALAYSIA

Rifdi dan Hafez berganding bahu latih bakat-bakat baru AURB yang berpotensi diketengahkan pada masa hadapan

All United Rugby Boys (AURB) satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi oleh penggiat ragbi akar umbi khususnya di Lembah Klang.

Diasaskan pada tahun 2017, kelab ragbi ini meniti usia matang apabila prestasi serta pencapaiannya semakin meningkat saban tahun.

Pasukan AURB dalam satu kejohanan
Pasukan AURB ketika menyertai satu kejohanan kategori bawah 12 tahun sebelum pandemik

Ragbi.MY berkesempatan menemubual salah seorang pengasas AURB, Muhammad Rifdi Tok Muda Dato’ Hj Asmad bagi meninjau perkembangan terkini kelab tersebut.

Menurut Rifdi, AURB ditubuhkan bersama seorang lagi penggiat ragbi akar umbi iaitu Hairul Hafez Abu Bakar.

Membangunkan bakat dalam kalangan pelajar sekolah adalah matlamat utama penubuhan AURB

Kedua-dua mereka yang meminati ragbi sejak sekian lama mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kelab sebagai platform bagi murid-murid sekolah bawah 12 tahun melibatkan diri dalam sukan itu.

Berbekalkan pengalaman sebagai pemain tidak lama dahulu, Rifdi dan Hafez berganding bahu melatih dan menggilap bakat-bakat baru yang berpotensi diketengahkan pada masa hadapan.

Mengimbas kembali penubuhan AURB, Rifdi memberitahu Ragbi.MY bahawa tujuan utama bagi dirinya adalah untuk mengembangkan bakat pemain-pemain bagi kategori umur bawah 12 tahun sekaligus merancakkan pembangunan sukan ragbi negara.

Kelab yang berpusat di Setiawangsa dan Keramat AU2 ini mempunyai keahlian seramai 50 orang termasuk penyertaan ibu bapa pelajar terlibat. Konsep komuniti yang diterapkan berjaya mendapatkan sokongan daripada semua pihak dalam memajukan ragbi peringkat akar umbi.

Pemain AURB membolosi kubu lawan
Pemain AURB membolosi kubu lawan

Jelas Rifdi, sebelum berlakunya pandemik COVID-19, kelab pimpinannya mengadakan latihan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu di Padang Ragbi MPAJ AU2 Keramat.

Melalui kerjasama erat serta sokongan padu daripada ibu bapa, menambahkan lagi semangat beliau untuk terus memacu kecemerlangan AURB ke peringkat yang lebih tinggi.

PENCAPAIAN AURB (2019/2020)

– JOHAN CUP Thunderstorm National championship 2018

– Naib Johan Plate Bukit Beruang 7’s National Championship 2018

– Ketiga Cup Cobra Junior 10s 2018

– Johan Highland 10’s International Game 2019 anjuran Scottish Highland Community KL

– Johan Plate SAJOHA 10’s 2019

– Johan Bowl Centaur 10’s International Youth Tournament Singapore

– 1st Runner Up Cobra Junior 10’s Tournament 2019

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:

En Yasin Abd Karim (Pengurus) 012-320 9353

MEDIA SOSIAL:

Facebook: https://www.facebook.com/AURugbyBoys

Instagram: https://www.instagram.com/aurugbyboys/

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCc21biCQ5g8ZO1zDnvheTBw

Miliki naskhah terkini majalah Ragbi.MY menampilkan Siddiq & Liyana sebagai muka depan edisi 15

Edisi 15 majalah Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0