Connect with us

Hi, what are you looking for?

PRP santuni mangsa banjir
Sumber foto: Laman portal Diraja Pahang

NEWS

Banjir: Pemangku Raja Pahang Santuni Mangsa di Raub

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub.

Menurut laporan BERNAMA, Unit Media Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang memaklumkan baginda meluangkan masa kira-kira lima jam bermula 11.30 pagi melawat 24 pusat pemindahan sekitar daerah berkenaan bagi melihat dan mendengar sendiri rintihan penduduk akibat bencana itu.

“Selain bertanya khabar, Tengku Hassanal turut mengurniakan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta meninjau sendiri kawasan yang dinaiki air dengan diberikan taklimat ringkas daripada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Mengiringi baginda semasa lawatan berkenaan ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

Laporan dan gambar-gambar kunjungan Pemangku Raja Pahang ke Raub boleh dilihat di sini >>

Baginda yang juga Penaung Diraja Kesatuan Ragbi Pahang berkenan meninjau pusat pemindahan di Surau Al-Hidayah Kampung Melayu Sempalit, Dewan Kegiatan Gali Tengah, Dewan Serbaguna Gali Hilir, Balai Raya Kampung Sungai Pasu, Balai Raya Kampung Durian Sebatang, Dewan Dato’ Seriwa Dong, Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar, Masjid Kuala Temau, Dewan Kampung Pia dan Balai Raya Kampung Jeruas.

Sementara itu, komuniti ragbi tanahair terus memberi bantuan dalam pelbagai bentuk untuk meringankan beban ditanggung oleh mangsa banjir.

Ragbi Online melalui laman Facebook page mereka melancarkan kutipan tabung bagi membantu mangsa banjir yang juga rakan komuniti ragbi di Benta, Pahang.

Update keadaan rumah keluarga sahabat.BismillahTabung derma kilat banjir ???Tabung khas buat keluarga @mun_im…

Posted by Ragbi Online on Monday, January 4, 2021

Dalam pada itu, SMS Old Boys turut melancarkan tabung bantuan bagi membantu rakan alumni yang terjejas akibat banjir di Pahang.

Buat seluruh komuniti ragbi di Malaysia, marilah kita mendoakan agar situasi banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia kembali pulih dan sama-samalah kita menghulurkan bantuan bagi meringankan kesukaran dihadapi mereka.

Dapatkan berita terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa di Ragbi.MY – kini terdapat dalam versi digital hanya RM50 untuk akses selama 12 bulan.

Langgan edisi digital Ragbi.MY di sini >>

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Bencana alam yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk menghulurkan bantuan pasca banjir. Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan...

Advertisement
0