Connect with us

Hi, what are you looking for?

BANK MUAMALAT INVITATIONAL RUGBY 10'S
BMMB BULLET MUNCUL JOHAN SELEPAS MENANG KESEMUA PERLAWANAN

NEWS

BANK MUAMALAT INVITATIONAL RUGBY TOURNAMENT 10’s CIPTA KEJAYAAN

30 OKTOBER – Penganjuran Bank Muamalat Invitational Rugby Tournament 10’s melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan sebilangan besar penggiat sukan ragbi di Lembah Kelang dalam siri perlawanan persahabatan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Suasana di Padang Merbok sedikit berbeza daripada kebiasaannya sejak dari awal pagi dengan kehadiran pemain-pemain daripada empat pasukan yang menyertai kejohanan sulung tersebut.

Bank Muamalat Bullet, TM, Blackoutz dan Oilers turun dengan kekuatan masing-masing untuk bersaing dalam format sepuluh sepasukan.

Meskipun hanya melibatkan empat pasukan, Bank Muamalat selaku penganjur telah bersedia dengan pematuhan SOP yang ketat melalui penugasan anggota Polis Bantuan serta ahli jawatankuasa dilantik.

Pada penganjuran tersebut, pertandingan dimainkan secara round robin dengan setiap pasukan bermain sebanyak tiga perlawanan dan kutipan mata tertinggi dinobatkan selaku juara keseluruhan.

BMMB Bullet mempamerkan aksi permainan mantap dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan pada hari tersebut.

Kemenangan pertama dicatatkan pasukan BMMB Bullet apabila mengenepikan cabaran Oilers dengan mata 10-7.

Antara aksi dirakamkan pada perlawanan BMMB Bullet bertemu Oilers yang berkesudahan 10-7

Meneruskan rentak kemenangan, pasukan Blackoutz menjadi mangsa seterusnya apabila BMMB Bullet berjaya mempertahankan kedudukan 17-12 sehingga wisel penamat.

Pada perlawanan terakhir, momentum BMMB Bullet bagaikan tidak dapat dihalang oleh pasukan TM apabila catatan mata 17-5 direkodkan seterusnya dinobatkan selaku juara keseluruhan.

Bank Muamalat Bullet
BMMB Bullet bersedia menjulang piala pusingan pada upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin

Selaku juara, BMMB Bullet membawa pulang piala pusingan, pingat serta majalah tajaan Ragbi.MY.

Pasukan Blackoutz berpuashati di tangga kedua, TM ketiga dan Oilers menduduki tempat keempat dalam saingan tersebut.

Pasukan TM berbincang strategi pasukan sebelum memulakan saingan

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin yang turut hadir sama memberi sokongan kepada semua pasukan bertanding.

Pasukan Blackoutz
Pasukan Blackoutz tampil dengan pemain-pemain berpengalaman
Pasukan Oilers di Bank Muamalat Invitational Rugby 10's
Pasukan Oilers turun dengan pemain-pemain dari pelbagai peringkat umur

DAPATKAN EDISI TERKINI MAJALAH RAGBI.MY DI PASARAN SEKARANG

Ragbi.MY
Edisi #18 menampilkan Wahidah Othaman sebagai penghias kulit depan majalah Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0