Sejarah awal Bukit Beruang Rugby Club (BBRC) bermula pada tahun 2005 di mana satu pasukan ditubuhkan di SK Bukit Beruang bagi menyertai Kejohanan Ragbi Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Negeri Melaka.
Melalui inisiatif guru dan ibu bapa bagi memudahkan pengurusan, kelab kemudiannya didaftarkan dengan Suruhanjaya Sukan Malaysia pada bulan Jun 2015 dan dinamakan sebagai Bukit Beruang Rugby Club.
Seluruh penggerak kelab menerima berita gembira apabila BBRC mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sukan Malaysia pada Ogos 2015.

Setiausaha kelab, Moorsyidee Mokhtaruddin berkata, melalui penubuhan kelab itu, BBRC telah berjaya mengelola kejohanan ragbi jemputan antarabangsa pada penghujung Oktober 2015 seterusnya pada 2016 dan 2017.
“Untuk kejohanan kali ke-5, kami masih mengekalkan ‘trademark’ kejohanan sebagai Bukit Beruang Rugby 7’s 2018.
BBRC juga menghantar pasukan dari kategori umur 13 tahun dan ke atas termasuk kategori senior yang kebanyakan terdiri dari bekas murid dan pemain ragbi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Beruang.
Rentetan daripada pnganjuran acara tersebut dan dasar keterbukaan, BBRC telah berjaya menambah keahlian dan membuka peluang kepada pelajar sekolah sekitarnya.
Antara murid sekolah yang telah menyertai BBRC adalah dari SK Datuk Demang Hussin, SK Ayer Keroh, SK Kampung Tun Razak dan SK Seri Duyong.
Dalam masa yang sama, BBRC menerima keahlian daripada anak-anak peminat ragbi dalam negeri Melaka yang berminat untuk bermain tetapi tidak mempunyai saluran sesuai.
Kata Moorsyidi, BBRC akan meneruskan usaha agar sukan ragbi dapat dikembangkan kepada murid dan pelajar dari sekolah-sekolah yang tidak mempunyai sukan ragbi.

Bagi meneruskan kemenjadian pemain dari peringkat akar umbi, kelab itu telah membuka peluang untuk pemain peringkat umur 13 tahun hingga 18 tahun.
“Kami terus komited menyediakan platform bagi peringkat senior. Keutamaan pemilihan pemain adalah dari kalangan bekas pemain dan murid dari SK Bukit Beruang dan SMK Bukit Baru yang pernah bermain bersama sebelum ini” katanya lagi.
“Harapan kami, kelab ini mendapat perhatian daripada mana-mana pihak agar kelab terus berkembang dan menghasilkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual”
Moorsyidi Mokhtaruddin
Dapatkan majalah Ragbi.My edisi Ogos 2020 untuk mengikuti artikel penuh BBRC yang disiarkan
You must be logged in to post a comment Login