Connect with us

Hi, what are you looking for?

Boon Hoon Chee
Boon lagenda sepanjang zaman

FEATURES

BOON HOON CHEE – LAGENDA SEPANJANG ZAMAN

Bekas kapten pasukan kebangsaan kongsi kisah kegemilangan Malaysia tahun 80-an

Boon Hoon Chee, antara lagenda ragbi negara yang perlu anda kenali. Pengalaman dan sumbangannya kepada arena ragbi Malaysia bermula sejak tahun 1973 lagi.

Dilahirkan di Melaka pada tahun 1956, Boon mewakili skuad negeri sang kancil itu di kejohanan Malaya Cup daripada tahun 1973 hingga 1976.

Boon kemudiannya menyertai kelab COBRA pada 1976 dan bemulalah episod baharu dalam kariernya sebagai pemain ragbi.

boon terlibat dalam sukan ragbi selama 40 tahun
Sumbangan Boon dalam sukan ragbi tanahair sangat besar ertinya

Beliau menyarung jersi negara dari tahun 1977 hingga 1989 dan dalam masa yang sama menjadi ketua pasukan kebangsaan dari 1981 hingga 1986. 

Boon yang mencipta nama sebagai lagenda pernah merangkul gelaran pemain terbaik pada Anugerah Sukan Kebangsaan 1981.

Beliau juga pernah mengendalikan skuad negara dan juga menjadi jurulatih COBRA dari tahun 1995 hingga 2012.

Boon mengimbas kembali zaman kegemilangannya sebagai pemain serta mengendalikan pasukan kebangsaan, negeri dan kelab.

Diam tak diam, Boon telah bergelumang selama 40 tahun dalam sukan ragbi yang amat diminatinya.

Katanya, bukan mudah untuk capai tahap sekarang, tanpa adanya rasa sayang, minat, usaha dan juga disiplin.

“Saya bermain ragbi sehingga umur 34 tahun. Zaman sebelum ini, tidak dapat duit satu sen pun. Ada dapat duit pun ketika main untuk negara, bagaimanapun, keadaan sekarang ini sudah banyak berubah”

Boon Hoon Chee

Boon masih ingat akan kenangan bersama cikgu James Richie, guru yang memperkenalkan sukan ragbi kepadanya.

“Waktu itu zaman muda, kita akan rasa seronoklah bila dapat sertai sukan yang boleh ‘langgar’ dan ‘hentam’ orang.

“Lama-kelamaan, saya makin rasa seronok bermain ragbi berbanding bola sepak,” katanya Boon kepada Ragbi.My.

Bercerita mengenai pengalamannya, beliau ingat lagi pasukan kebangsaan mendapat tentangan hebat daripada tiga pasukan kuat seperti Royal New Zealand Infantry Regiment; Angkatan Tentera Australia dan Singapura pada Kejohanan Malaysia Rugby Union (MRU) yang diadakan tiap-tiap tahun sekitar tahun 1975 hingga 1985.

Boon (tengah) memegang piala kemenangan 1984 bersama rakan sepasukan Tan Ewe Hock (kiri) dan Rosly Abdul Majid (kanan)

“Waktu itu umur saya baru 20-an, bermain untuk negara untuk kejohanan tersebut tetapi malangnya kita telah dibelasah teruk. Bayangkan saiz badan pasukan lain yang jauh lebih besar, sudah tentu tidak mampu memberi saingan,” kata Boon.

Bagaimanapun, berbekalkan semangat juang, pada tahun 1984 skuad kebangsaan kembali dengan aksi terbaik dan akhirnya berjaya menumbangkan pasukan Angkatan Tentera New Zealand dengan mata kemenangan 15-9.

“Perasaan waktu itu, tidak terkata dan orang ramai tidak sangka kita menang ke atas pasukan yang kuat. Semua itu tidak akan berhasil jika tidak bermain sepenuh hati,”

Boon Hoon Chee

“Dulu pada waktu ‘off-season’ pun, kami tetap kekalkan stamina untuk menghadapi musim baharu. Kami buat latihan dengan berlari di hutan, angkat batu-bata dan latihan itu dilakukan untuk membina kekuatan fizikal apabila beraksi dalam ragbi.

Sebagai bekas jurulatih pula, Boon tidak ada sebarang rahsia melainkan menerapkan elemen kekeluargaan dalam pasukan yang dikendalikannya.

Ikuti artikel penuh kisah perjuangan Boon dalam majalah Ragbi.MY edisi 5 (Jun 2020)
Ragbi.MY edisi 5
Edisi 5 (Jun 2020)

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Bukit Beruang Rugby Club bermula dari bawah dan terus mencipta pelbagai kejayaan

FEATURES

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, skuad wanita 7s negara tetap menumpukan perhatian terhadap program latihan pada ketika ini. Berlatih berpandukan SOP, skuad...

NEWS

RM2 juta ialah dana diperlukan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi merealisasikan penyertaan dan penganjuran Kejohanan Ragbi Asia (ARC) tahun ini. Memetik laporan BERNAMA,...

FEATURES

National Rugby Development Program (NRDP) atau Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan ditubuhkan dengan misi menyediakan pelapis untuk menghadapi kejohanan ragbi utama. Melalui penubuhannya, kategori umur...

Advertisement
0