Connect with us

Hi, what are you looking for?

BRFA fokus bakat baru
BRFA antara organisasi ragbi yang aktif dalam arena sukan tanahair khususnya di Sarawak (Foto: Laman Facebook BRFA)

FEATURES

Bintulu Rugby Football Association Fokus Lahirkan Bakat Baru

Peranan BRFA semarakkan arena ragbi khususnya di Bintulu

Bintulu Rugby Football Association (BRFA) mensasarkan untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam komuniti setempat untuk sukan ragbi.

Sasaran itu akan dapat melahirkan lebih ramai atlet pelapis untuk menaikkan nama Malaysia dalam sukan lasak ragbi ini di peringkat tertinggi.

Presiden BRFA, Mohamad Julian Melan berkata, untuk meneruskan usaha ini pelbagai cabaran yang perlu dilalui dan semua pihak seperti kelab, individu serta kerajaan perlu memainkan peranan masing-masing.

Katanya, di Bintulu terdapat ramai pemain yang berbakat namun masih kurang pendedahan serta promosi membuatkan mereka tidak faham apa itu sukan ragbi sebenarnya malahan mereka beranggapan sukan ini boleh mendatangkan kecederaan.

“Kami di sini mempunyai pemain yang berbakat tetapi mempunyai cabaran tersendiri dalam memberi pendedahan dan dorongan kepada generasi muda. Jadi kami sentiasa juga bekerja rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)”

Mohamad Julian Melan

“Cabarannya adalah ragbi ini kurang pendedahan, seperti contoh kita ambil secara rambang sepuluh orang pelajar, mereka beranggapan yang sukan ragbi ini kasar. Jadi cabarannya adalah untuk kita dedah serta promosikan apa itu sukan ragbi,” kata Julian kepada Ragbi.MY

“Perkara kedua adalah cabaran menanam minat sukan ragbi ini kepada generasi muda serta cabaran dengan ibu bapa yang melihat sukan ini kasar jadi untuk itu, kita perlu latih mereka cara yang betul untuk bermain sukan ini.

Menurut Julian lagi, BRFA mempunyai lebih 1,000 pemain sejak ditubuhkan pada 2012 dan sentiasa menjalankan program- program pembangunan dari peringkat sekolah.

“Selain itu, kita perlu bentuk kekuatan, stamina serta ketahanan fizikal mereka untuk elak daripada berlaku kecederaan semasa bermain,” katanya.

SEKOLAH LUAR BANDAR KOMITED TERHADAP RAGBI

Jelasnya lagi, terdapat beberapa buah sekolah yang aktif dan sentiasa turut serta menyertai kejohanan anjuran BRFA antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Jaya, SMK Kidurong, SMK Tatau, SMK Assyakirin dan Kolej Vokasional Bintulu.

Tambahnya, meskipun SMK Tatau yang berada di luar bandar dan mempunyai masalah dari segi logistik, namun sentiasa komited untuk menyertai perlawanan yang dianjurkan.

“Meskipun berhadapan dengan logistik namun SMK Tatau mempunyai pelajar yang latar belakang atlet sukan dan sangat bakat. Mereka juga mempunyai tahap stamina yang bagus,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai program pembangunan yang dilaksanakan BRFA, Julian berkata mereka merancang membawa masuk jurulatih sepenuh masa yang akan memberikan tumpuan dalam melatih pemain di Bintulu.

Pencapaian yang pernah diraih BRFA antaranya Juara Baram Throphy 2014, Champion Bintulu 10s 2015, Tempat Ketiga Miri Piranhas Touch Rugby Tournament 2019, Tempat Kedua Hornbill 7s 2016, Tempat Kedua Bro Albinus 2019 dan Juara Curtin 10s 2019.

Bacaan berkaitan: Kejayaan BRFA di Bintulu 10’s 2015

Dapatkan artikel penuh BRFA yang disiarkan di dalam edisi 7 Ragbi.MY

Dapatkan edisi 7 (Ogos 2020) Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0