Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bunra Raya 7's
Pasukan 7's wanita negara sewaktu beraksi di Sukan SEA 2019 Filipina

NEWS

BUNGA RAYA 7’S MULAKAN LATIHAN PUSAT

Skuad lelaki & wanita berkampung di UPM buat persediaan hadapi Asia Rugby Sevens Series

Menjelang kejohanan Asia Rugby Sevens Series di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada November depan, pasukan Bunga Raya 7’s kini memulakan latihan pusat di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Dalam satu kenyataan kepada media, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memaklumkan bahawa kesemua pemain dan jurulatih terlibat telah melaporkan diri ke UPM pada 28 Ogos lalu dan kini sedang menjalani tempoh kuarantin.

Kenyataan itu juga menyebut, pihak Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalankan ujian RTK kepada semua pegawai dan pemain terlibat bagi mengesan seterusnya mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 di dalam kem latihan pusat itu.

Kedua-dua pasukan (lelaki & wanita) akan memulakan latihan pusat pada 2 September mengikut prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan seperti yang digariskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Penyertaan skuad Bunga Raya 7’s ke siri kejohanan Asia Rugby ini juga adalah bagi merebut tempat ke kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

Dalam pada itu KRM turut memaklumkan, seramai lima pemain wanita senior negara telah dipanggil bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Mereka ialah Maslina Ahmad Ismail, Christina Edris, Cindy John Pasan, Fidelia Limang Anak Telajan serta Wan Zufirah Mohd Nasir.Kejohanan Asia Rugby Sevens Series kategori lelaki dan wanita akan berlangsung pada 19 – 20 November (Leg 1) dan 26 – 27 November (Leg 2).

KEKAL SIHAT & CERGAS SEPANJANG MASA! SERTAI CABARAN VIRTUAL RAGBI.MY RWC SEKARANG!

PENDAFTARAN RAGBI.MY RWC VIRTUAL CHALLENGE KINI DIBUKA!

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Keputusan sebulat suara dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan KRM

FEATURES

Toulouse owes its nickname of Ville Rose to the use of brick. Listed as a local craft in the south around Toulouse, it has...

NEWS

Jualan amal untuk kumpul dana bagi misi bantuan persekolahan anak-anak di luar bandar

NEWS

Penganjuran Ragbi.MY RWC Virtual Challenge bertepatan dengan situasi semasa yang masih lagi belum membolehkan sebarang acara ragbi dianjurkan. Meskipun ragbi masih belum mendapat kebenaran...

Advertisement
0