Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

BUNGA RAYA 7s PAMER AKSI SULUNG

PERLAWANAN UJIAN BAGI MELIHAT PERSEDIAAN SKUAD HADAPI CABARAN DI DUBAI NOVEMBER DEPAN

24 Oktober – Padang ragbi UiTM Shah Alam menjadi medan ujian bagi skuad Bunga Raya 7’s yang kini dalam persediaan menjelang aksi Asia Rugby Sevens Series di Dubai November ini.

Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) menjadi tuan rumah kepada perlawanan ujian melibatkan enam pasukan terdiri daripada pasukan pembangunan Selangor bawah 22 tahun, Terengganu A dan B, SUKMA Pahang, KL Tigers dan Bunga Raya 7’s.

Pada perlawanan ujian tersebut, barisan pemain negara mempamerkan mutu permainan memberangsangkan melalui larian-larian pantas memecahkan kubu lawan.

Dalam pada itu, corak pertahanan skuad negara juga tampak kukuh dengan tiada satu pun mata berjaya direkodkan oleh pihak lawan.

Bunga Raya 7’s membuka langkah dengan membenam Terengganu B (61-0) sebelum mengenepikan cabaran Selangor (B-22) 33-0.

Terengganu A pula menerima nasib yang sama apabila dikecewakan 21-0.

Pada perlawanan terakhir menyaksikan pertembungan KL Tigers menentang skuad negara dengan keputusan berpihak kepada Bunga Raya 7’s (33-0).

Pengendali skuad negara, Saizul Hazizi walau bagaimanapun berharap lebih banyak lagi perlawanan ujian dapat dijalankan sebelum skuad negara berlepas ke Dubai pada pertengahan November ini.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN BUNGA RAYA 7s (LELAKI)

Group A

  1. Bunga Raya 7s (Malaysia 7s)
  2. Terengganu B
  3. Selangor Dev U22

Group B

  1. KL Tigers
  2. Sukma Pahang
  3. Terengganu A

Game 1 :
Selangor Dev U22 17 – 5 Terengganu B

Game 2 :
KL Tigers 36 – 0 Sukma Pahang

Game 3 :
Terengganu B 0 – 61 Bunga Raya 7s

Game 4 :
Sukma Pahang 0 – 19 Terengganu A

Game 5 :
Bunga Raya 7s 33 – 0 Selangor Dev U22

Game 6 :
KL Tigers 7 – 5 Terengganu A

Game 7 : 1st Group B vs 2nd Group A
KL Tigers 22 – 7 Selangor Dev U22

Game 8 : 1st Group A vs 2nd Group B
Bunga Raya 7s 21 – 0 Terengganu A

Game 9 : 3rd Group A vs 3rd Group B
Terengganu B 17 – 5 Pahang

Game 10 : Winner Match 7 vs Winner Match 8
Bunga Raya 7s 33 – 0 KL Tigers

ASIA RUGBY CALENDAR 2021 >>

Miliki edisi terkini Ragbi.MY menampilkan kerjaya fisioterapis sebagai tema utama keluaran kali ini.

DAPATKANNYA SEKARANG!

Edisi #18 Ragbi.MY padat dengan perkembangan terkini dunia ragbi tanah air

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

24 Oktober – Kluang Rugby Club (KRC) bersama penggiat sukan ragbi tanah air menambah kemeriahan yang kini dirasakan di seluruh negara. Kali ini KRC...

NEWS

Martabatkan profesion juruterapi sebagai tema edisi #18 Oktober 2021

FEATURES

Penubuhan THOR wajar dijadikan contoh oleh semua pihak dalam melahirkan bakat baru sukan ragbi di peringkat sekolah

NEWS

Uruguay overturned a three-point deficit from the first leg to qualify for Rugby World Cup 2023 as Americas 1. Outscoring the Eagles four tries...

Advertisement
0