Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya.
Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM, Amrul Hazarin Hamidon berkata penjenamaan semula yang diputuskan dalam mesyuarat EXCO adalah untuk menyelaraskan penggunaan nama pasukan ragbi seperti dilakukan World Rugby.
ARTIKEL BERKAITAN: MR TO RENAME RUGBY TEAMS AS BUNGA RAYA
“Kita nak selaraskan dengan penjenamaan yang dibuat oleh World Rugby. Tiada lagi penggunaan wanita atau lelaki. Jadi ia akan hanya dikenali dengan satu nama. Bila kita selaraskan semua nama pasukan dengan satu nama maka penjenamaan pun sudah tetap.
“Ini adalah pelan strategi kami (KRM) dalam memudahkan pencarian dana untuk mendapatkan penajaan dalam menghadapi perlawanan yang akan datang.” katanya kepada Bernama.
KRM kini mempunyai tiga pasukan ragbi yang diberi gelaran pasukan ragbi kebangsaan 15 sebelah dikenali sebagai `Bunga Raya’, pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah sebagai `Rimau Sevens’, pasukan ragbi wanita tujuh sebelah sebagai `Panthera Ladies’ dan semuanya akan diselaraskan dengan nama `Bunga Raya’.
Amrul berkata KRM sedang dalam proses menghasilkan identiti korporat sendiri selepas sambutan Aidilfitri ini di mana penggunaan logo badan itu akan diguna pakai mengikut standard ditetapkan.
Katanya, Pasukan Bunga Raya 7 sebelah sedang mengadakan latihan dalam menghadapi persediaan perlawanan Asia Rugby Sevens Series Siri 1 yang bakal diadakan di Incheon, Korea Selatan, Ogos ini. — BERNAMA
Khas buat peminat ragbi tanah air, miliki majalah berfokuskan sukan ragbi yang pertama di Malaysia – Ragbi.MY diterbitkan setiap bulan dengan liputan berita tempatan dan antarabangsa.
Edisi #15 Ragbi.MY membawakan kisah Siddiq & liyana pasangan suami isteri yang juga pemain ragbi kebangsaan berkongsikan kisah khas buat pembaca setia Ragbi.MY
Majalah ini boleh didapati di kedai-kedai terpilih seluruh negara serta melalui platform Shopee (Ragbi.MY).
You must be logged in to post a comment Login