Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Caleb Clarke Jelmaan Jonah Lomu?

Nama Caleb Clark secara tiba-tiba ‘meletup’ dan mendapat perhatian peminat ragbi dunia melalui aksi hebat dipersembahkannya pada pertemuan di antara All Blacks dan Wallabies baru-baru ini.

Menjadi bintang sekelip mata, Caleb Clarke yang dilahirkan pada tahun 1999 memulakan aksi pertamanya bersama All Blacks pada perlawanan pembukaan Bledisloe Cup (11 Oktober 2020) menyaksikan keputusan seri 16-16 di Sky Stadium, Wellington.

Minggu berikutnya (18 Oktober), pada perlawanan kedua di Eden Park, Caleb Clarke bagaikan sebuah jentera berat yang ‘hilang kawalan’ menerobos ke kubu lawan melalui larian derasnya yang memukau jutaan peminat ragbi di seluruh dunia.

Berusia 21 tahun, Caleb Clarke memiliki gen All Blacks dalam darahnya kerana ayahnya, Eroni Clarke merupakan nama yang tidak asing lagi dalam sejarah skuad All Blacks.

Pada perlawanan di Eden Park, Caleb Clarke telah mencipta fenomena baru apabila bola clearance yang ditendang oleh flyhalf Wallabies, James O’Connor ditangkap kemas dan bermula detik itulah beliau mempamerkan kemahiran tersendiri dengan larian penuh bertenaga ke kubu lawan.

Caleb berjaya mengelak lima pertahanan Wallabies dengan jarak larian sejauh 40 meter.

Beliau kemudiannya dihalang oleh James Slipper dan Nic White, namun masih lagi mampu membawa bola ke garisan 22 meter di mana lima pemain Wallabies berusaha keras menghalang amukan Caleb.

Meskipun berjaya dihalang oleh Nic White, Caleb telah berjaya memecahkan pertahanan Australia dan bola dihantar kepada Richie Mo’unga dan seterusnya Ardie Savea menjadi penyudah untuk menambah mata All Blacks. Perlawanan berkesudahan dengan mata 27-7.

Rakaman aksi tersebut bukan sahaja viral malah menjadi tontonan wajib bagi jutaan peminat ragbi seluruh dunia.

Malah tidak keterlaluan jika ada pendapat mengatakan bahawa Caleb Clarke adalah jelmaan lagenda All Blacks, Jonah Lomu.

Video highlight Caleb Clarke pada pertemuan kedua Bledisloe Cup di Eden Park
(Sumber: Youtube channel All Blacks)

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Dual-code superstar Sonny Bill Williams announced his retirement from rugby but the New Zealander isn’t giving up on sport, saying he now wants to...

NEWS

All Blacks legend Dan Carter, a three-time world player of the year and double World Cup winner, announced his retirement. The fly-half, who remains...

NEWS

Dua perlawanan berlangsung semalam menyaksikan pertembungan Maori All Blacks bertemu Moana Pasifika manakala Los Pumas turun menentang Wallabies pada perlawanan terakhir Tri Nations 2020

NEWS

Pasukan All Blacks menarik nafas lega apabila wisel penamat ditiup pengadil pada pertemuan menentang Argentina Sabtu lepas

Advertisement
0