ALL BLACKS KEMBALIKAN KEYAKINAN PEMINAT

Peminat ragbi antarabangsa khususnya yang meminati pasukan All Blacks menarik nafas lega apabila wisel penamat ditiup pengadil pada pertemuan menentang Argentina Sabtu lepas.

Keputusan 38-0 nyata memberi keyakinan kepada peminat All Blacks yang dahagakan aksi meyakinkan daripada skuad Ian Foster itu.

Highlight pertemuan All Blacks v Argentina

Dalam pada itu Foster yang ditemui selepas perlawanan, menyifatkan ianya bukan perkara yang mudah dalam mengendalikan All Blacks kerana prestasi yang tidak menentu sebelum ini memberi tekanan kepada dirinya mahupun pemain.

“Tahun ini merupakan tahun yang sukar bagi semua. Dua minggu lepas (sewaktu kalah dengan Argentina) kami bermain untuk perlawanan yang kelima dalam tempoh enam minggu, dan ianya sangat sukar,” kata Foster.

Manakala bagi pasukan Los Pumas, media melaporkan bahawa mereka kelihatan letih secara mental berikutan jadual perlawanan yang padat serta tempoh berjauhan yang lama menyebabkan emosi dan moral pemain sedikit terkesan.

KEPUTUSAN PENUH

ALL BLACKS (38) ARGENTINA (0)

Try: Will Jordan (2), Dane Coles, Ardi Savea, Patrick Tuipulotu

Richie Mo’unga 5 conversion, 1 penalty goal

LOS PUMAS IGAUAN NGERI ALL BLACKS

Stadium Bankwest menjadi saksi kepada kebangkitan pasukan Argentina pada perlawanan pusingan ketiga Tri Nations 2020 menentang All Blacks semalam.

All Blacks yang mengalami kekalahan pada minggu sebelumnya sewaktu bertemu Wallabies, nyata tidak mampu menahan asakan skuad Los Pumas di samping kesalahan-kesalahan yang menghadiahkan penalti kepada Argentina.

Read more
0