Connect with us

Hi, what are you looking for?

Doc Malan
Allahyarham Mazlan Ismail merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan

NEWS

PEMERGIAN DOC MALAN KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

7 MAC – Komuniti ragbi tanahair dikejutkan dengan berita pemergian Dr. Mazlan Ismail (Doc Malan), bekas pemain ragbi kebangsaan yang meninggal dunia akibat serangan strok pada jam 12.58 tengah malam Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham, 40, merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, meninggalkan seorang isteri, Azlina Mohd Ariff, 44.

Adik Allahyarham Muhammad Naimmi Ismail, 31, ketika dihubungi BERNAMA memaklumkan, jenazahnya akan dikebumikan di Taiping, Perak selepas solat Asar pada Ahad.

“Allahyarham telah menerima rawatan di hospital sejak Januari lepas selepas kesihatannya merosot, pihak hospital juga memberitahu keluarga kami bahawa arwah kena serangan jantung minggu lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: DOC MALAN DISERANG STROK (8 JANUARI 2021)

“Allahyarham merupakan seorang yang sangat komited dan tegas dalam kerjanya. Walaupun telah lama meninggalkan dunia ragbi, namun Allahyarham masih aktif dengan sukan kegemarannya itu, apabila sering bermain dan memberi tips berkaitan psikologi kepada ahli kelab ragbi Cobra Malaysia,” katanya.

Allahyarham yang terkenal dengan jolokan ‘Doc Malan’ dalam komuniti ragbi tanah air pernah mewakili negara bersama pasukan ragbi 7 sebelah di Sukan Komanwel di Manchester, England pada 2002 dan Sukan Asia Busan di Korea Selatan pada tahun sama, selain pernah menyarung jersi skuad 15 sebelah negara.

Sementara itu, Kesatuan Ragbi Malaysia dalam satu kenyataan merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian Mazlan sebagai kehilangan besar bagi sukan ragbi dan dunia akademik negara.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dilapangkan kuburnya serta ditempatkan bersama hambanya yang bertakwa di syuhada,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Bagi yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & dilapangkan kuburnya.

Ragbi.MY
Dapatkan perkembangan terkini dunia ragbi tanahair dan antarabangsa dibawakan oleh Ragbi.MY – majalah ragbi pertama negara
Majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021
Edisi Januari 2021 menampilkan Afdlin Shauki

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

NEWS

SOP terkini aktiviti sukan dan rekreasi diumumkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan...

NEWS

PENUBUHAN MALROSE BERI PELUANG KOMUNITI RAGBI TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

Advertisement
0