Komuniti ragbi tanahair dikejutkan dengan berita Prof. Madya Dr. Mazlan Ismail atau lebih dikenali Doc Malan diserang stroke, semalam.
Mengikut perkembangan terkini, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan keadaan dilaporkan stabil dan masih ditempatkan di ICU di Hospital KPJ Damansara.
Dr. Mazlan merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam.
Beliau pernah menyarung jersi negara di Sukan Komanwel Manchester 2002, Sukan Asia Busan 2002, skuad 15’s Bunga Raya serta pasukan Lions dan Cobra.
Senarai pemain Malaysia 7’s di Sukan Asia Busan 2002 >>
Sejarah tercipta, Inilah 9 pemain yang membantu Malaysia memenangi kategori bowl di kejohanan World Barbarian Sevens di Papua New Guinea.. #nothingisimpossible #throwback #rugbylife #docmalan
Posted by Mazlan Ismail on Monday, January 4, 2021
Dalam satu posting Ragbi.MY di media sosial, komuniti ragbi tempatan melahirkan simpati terhadap keadaan Doc Malan dan mendoakan kesembuhan beliau.
Posting tersebut mendapat perhatian netizen khususnya warga ragbi dan UiTM dikongsikan di laman maya sebagai hebahan dan juga harapan untuk mendoakan kesembuhan beliau.
Komuniti ragbi tanahair hari ini dikejutkan dengan berita Prof. Madya Dr. Mazlan Ismail atau lebih dikenali Doc Malan…
Posted by Ragbi.MY on Thursday, January 7, 2021
Buat seluruh komuniti ragbi negara, sama-sama kita doakan kesembuhan buat Doc Malan dan diberi ketabahan buat keluarga beliau dalam menghadapi dugaan ini.
Ikuti perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan oleh Ragbi.MY >>

You must be logged in to post a comment Login