Connect with us

Hi, what are you looking for?

Edisi 15 tampil lebih padat
Edisi 15 kini berada di pasaran

FEATURES

EDISI 15 PADAT DENGAN RANGKUMAN DUNIA RAGBI TANAH AIR & ANTARABANGSA

Majalah Ragbi.MY edisi 15 tampilkan pelbagai perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa

Edisi 15 majalah ragbi pertama di Malaysia kini berada di pasaran dengan penampilan istimewa pemain skuad 7’s Siddiq Jalil bersama isterinya Nur Liyana Rosnam yang juga bekas pemain ragbi negara.

TRANSISI SIDDIQ & LIYANA

Berbakat besar, bermotivasi tinggi dan fokus terhadap permainan adalah tunjang utama bagi pasangan suami isteri ini.

Menyarung jersi skuad tujuh sebelah negara menjadikan Siddiq kaya dengan pegalaman bemain bersama pasukan-pasukan ternama dari dalam dan luar negara.

Selepas melakar kejayaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan seterusnya pada temasya yang sama di Filipina pada 2019, kini Siddiq melangkah lebih jauh, baik dalam sukan ragbi mahupun dalam kehidupannya sebagai seorang suami, ayah dan atlet.

Edisi 15 Ragbi.MY menyingkap kisah Siddiq dan Liyana, atlet ragbi yang cemerlang dalam bidang akademik dan sukan, kini membina sebuah keluarga bahagia dan seterusnya meninjau masa depan serta perancangan kedua pasangan ini dalam bidang diceburi.

Edisi 15 Ragbi.MY Siddiq
Edisi 15 membawakan temubual eksklusif bersama Siddiq & Liyana
KISAH YEONG SENG DRAGONS ‘VIRAL’ SELURUH NEGARA

Seterusnya, edisi 15 turut menampilkan satu kelainan dalam liputan terhadap pasukan-pasukan akar umbi khususnya di sekolah rendah.

Apabila menyebut Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pastinya kita akan membayangkan sukan utama dimainkan adalah bola keranjang atau badminton kerana ianya sangat sinonim dengan masyarakat Cina di negara ini.

Namun sebaliknya berlaku di SJKC Yeong Seng di Hutan Melintang, Perak apabila ragbi dimainkan sebagai sukan utama di sekolah tersebut.

Edisi 15 Ragbi.MY YS Dragons

Sewaktu kisah Yeong Seng Dragons disiarkan di laman Facebook Ragbi.MY, ianya telah mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga dikongsikan sebanyak 207 kali dengan jumlah capaian sebanyak 99,800 pengguna media sosial.

SAIFUL TULANG BELAKANG RMC BLACK SCORPIONS

Edisi 15 juga membawakan kisah di sebalik sejarah kecemerlangan pasukan Royal Military College (RMC) Black Scorpions dengan menemubual Ketua Jurulatih, Saiful Rizal Hj. Zainol.

Beliau yang kini mencapai usia perkhidmatan dengan RMC selama 18 tahun berkongsi rahsia di sebalik kejayaan pasukan bimbingannya selama ini.

Edisi 15 Ragbi.MY RMC
Kejayaan RMC Black Scorpions hasil bimbingan Saiful Rizal

Meneruskan liputan aksi ragbi tempatan, edisi 15 memaparkan satu perlawanan yang berjaya dianjurkan mengikut SOP sukan dan rekreasi.

COASTAL RUGBY TEST SERIES (CRTS)

Persatuan Ragbi Daerah Kemaman dengan kerjasama Komuniti 16 Dungun (Dungun Ragbi) menganjurkan siri perlawanan ujian bagi mencungkil bakat pemain sekitar daerah tersebut dalam usaha mempromosikan sukan ragbi.

Siri pertama dimenangi oleh Kemaman Rugby manakala perlawanan berikutnya dijadualkan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Edisi 15 Ragbi.MY CRTS
Liputan perlawanan antara Kemaman & Dungun disiarkan pada edisi 15
GENG RAGBI

Universiti Teknologi Petronas (UTP) Drillers antara pasukan IPTS yang sentiasa mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan disertai.

Pasukan UTP Drillers turut ditampilkan pada edisi kali ini

Secara ringkas, edisi 15 membawakan kepada anda:

? Transisi Siddiq & Liyana

? Yeong Seng Dragons

? UTP Drillers

? Stingrays RC

? UTM Dauntless

? Kajang Rams

? RMC Scorpions

? Edwardian Tiger

? Saina Old boys

? MALROSE

? Lejen: Jamil

? The One: Amirul (Cheman)

? Coach Pipie

? Megat STJ HOW

? Zaki ASAS RC

? Coastal Rugby Test Series

DAN BANYAK LAGI LIPUTAN RAGBI DALAM DAN LUAR NEGARA

Majalah Ragbi.MY kini boleh didapati melalui platform Shopee: https://shopee.com.my/Majalah-Ragbi.MY-Issue-15-APRIL…

Edisi 15 majalah Ragbi.MY
Edisi 15 kini berada di pasaran, dapatkannya sekarang!

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Meskipun tanpa pengalaman dalam sukan ragbi, Darusalam Ab Rahman berjaya cipta kejayaan demi kejayaan buat SMK Tok Dor

FEATURES

Dr. Rinalfi & Dr. Juliana terapkan budaya ragbi dalam kehidupan harian, beri sokongan terhadap minat anak-anak

FEATURES

Majalah ragbi pertama di Malaysia kini memasuki edisi ke-10 dengan penampilan lebih menarik dan padat dengan pelbagai informasi. Muka depan kali ini membawakan seorang...

FEATURES

Berikutan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, pelbagai organisasi dan pertubuhan sukan mula mengambil keputusan drastik dengan menangguhkan penganjuran acara sukan

Advertisement
0