Setelah tertunda akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta penutupan kilang percetakan di Selangor, akhirnya penerbitan edisi ke-17 majalah Ragbi.MY berjaya menemui pembaca setianya.
TEMUBUAL KHAS BERSAMA SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL
Temubual khas bersama Senator Wan Ahmad Fayhsal telah berlangsung pada bulan Mei lalu, di pejabatnya di Putrajaya.
Untuk keluaran edisi ini, kami tampilkan pengalaman dan perkongsian Wan Ahmad Fayhsal sepanjang bergiat aktif dalam sukan ragbi sejak dari zaman persekolahannya hinggalah memegang jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.
Ikuti visi serta pandangan dikongsikan beliau bagi memajukan sukan ragbi tanah air.
KOMUNITI RAGBI SOKONG PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
Sebagai tanda sokongan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Ragbi.MY menampilkan sebilangan komuniti ragbi yang telah menerima suntikan vaksinasi dari seluruh negara.
Inisiatif ini adalah bagi menyokong usaha kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 serta menjadikan penduduk Malaysia mencapai ‘herd immunity’.


ISTIMEWA BERSAMA DR SHAHRIZAL
Turut dimuatkan dalam edisi ini penggiat serta peminat ragbi tanah air yang masih lagi aktif dalam sukan lasak ini.
Paparan menarik dikongsikan oleh Dr. Shahrizal menceritakan pengalaman beliau serta keluarganya yang memiliki minat serta bakat dalam sukan ragbi.

ANTARA YANG MENARIK
- Perkembangan terkini sukan Touch yang kini semakin mendapat tempat di hati penggiat sukan tanah air
- Ragbi bentuk kerjaya Raimi Yusof
- In-person bersama Pak Lan
- Eksklusif bersama Syaf
- Sabah impi julang emas
- Pahang Touch Association
- Kursus Pengadilan Tahap 1 FIT
DAPATKAN EDISI #17 SEKARANG

You must be logged in to post a comment Login