Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

ELYIA NATASHA PERMATA HARAPAN JOHOR

Mengakui perjalanannya bukan bermula di bangku sekolah, itu tidak menghalang Elyia Natasha Zamri untuk menyerlah dalam sukan ragbi selepas tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hasratnya yang hanya untuk suka-suka menyertai satu klinik ragbi yang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai sebenarnya menjadi laluan pertama Elyia sebagai pemain sehingga kini.

“Saya main bola jaring dan olahraga ketika bersekolah dahulu, tak pernah terlintas bermain ragbi malah saya selalu beranggapan sukan ini rumit ditambah lagi apabila dimainkan oleh wanita”

Elyia Natasha

“Namun apabila dipelawa untuk menyertai klinik ragbi, saya berpendapat kenapa tidak saya cuba tetapi apa yang kelakar jika diingat balik, ia sebenarnya bukan sekadar klinik ragbi sebaliknya pemilihan pemain wanita untuk pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) negeri Johor pada 2018.

Daripada hanya suka-suka, Elyia kini adalah seorang daripada pemain untuk Kelab Johor Ladies Rugby yang juga tersenarai dalam skuad SUKMA 2020.

Gadis tinggi lampai berasal Johor Bahru itu, menyifatkan keterbukaan hatinya menerima sukan ragbi adalah satu langkah kanan buat dirinya apabila terpilih sebagai barisan pemain 7’s untuk SUKMA 2018.

“Peluang untuk cemerlang dalam sukan ini sangatlah besar untuk wanita, jadi saya mengambil peluang yang diberikan oleh banyak pihak untuk terus mempelajari sukan ini,”

“Buat masa sekarang, saya dan rakan sepasukan yang lain cuma fokus untuk menyumbangkan pingat emas untuk negeri Johor bagi SUKMA akan datang dan secara individu, semestinya saya mengimpikan suatu hari diri ini layak untuk menyertai skuad Malaysia jika berpeluang dan sudah cukup berkelayakan,” katanya.

Berkongsi pengalaman pahit untuk dirinya, Elyia memberitahu  antara yang tidak dapat dilupakan apabila pasukannya kalah menentang Kedah di peringkat penentuan tempat ketiga dan keempat di SUKMA 2018.

Ditanya apakah definisi Ragbi di mata Elyia, beliau menyifatkan sukan itu adalah sukan yang sangat mencabar kekuatan fizikal dan mental seseorang pemain.

“Tapi yang paling saya suka mengenai ragbi adalah budaya menghormati pihak lawan walaupun kadang-kadang permainan ini boleh mencetuskan pergaduhan apabila seseorang pemain bermain dengan terlalu agresif,” katanya.

“Saya juga melihat semakin ramai orang terutama ibu bapa dapat menerima ragbi untuk dimainkan oleh perempuan dan mengetepikan sedikit mindset negatif mengenai sukan yang dikira sangat lasak,” kata Elyia.

Ikuti kisah Elyia yang disiarkan pada edisi #9 Oktober (2020)
Majalah Ragbi.MY
Edisi #9 Oktober 2020 menampilkan kisah Elyia

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0