Connect with us

Hi, what are you looking for?

Faeez fokus pembangunan ragbi
Temubual eksklusif bersama Faeez

FEATURES

FAEEZ FOKUS BANGUNKAN RAGBI PERINGKAT IPT

Kini menabur bakti membangunkan ragbi di peringkat IPT melalui pengalaman sebagai pemain, jurulatih & pengurus

Nama Mohammad Faeez Mohamad Alias tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penggiat ragbi dalam negara ini.

Lebih mesra dengan panggilan Faeez, beliau kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Pusat Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Menceritakan detik mula terlibat dalam sukan ragbi, Faeez berkata, beliau mula meminati sukan ini ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan Pahang pada tahun 1995.

“Pada mulanya saya sertai sukan ini hanya sekadar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal di sekolah. Tetapi selepas menjalani latihan dan pertandingan, hati saya mula jatuh cinta terhadap sukan ini,” katanya kepada Ragbi.MY.

Beberapa pencapaian peribadi telah diraihnya, antaranya menjadi pemain termuda dengan memenangi Kejohanan Ragbi Kebangsaan 7’s pada tahun 2002 ketika dirinya baharu berusia 20 tahun.

Selain sebagai seorang pemain, Faeez turut menaburkan khidmat sebagai jurulatih untuk pasukan sekolah dan institusi pengajian tinggi. 

Dorongan daripada rakan-rakan dan sokongan penuh daripada ibu bapa membuatkan Faeez menyertai sukan ragbi secara serius sebelum melebarkan sayap menyertai pasukan X-Lions RC dan NS Wanderers RC.

Faeez (kiri) bersama rakan sepasukan di WUC Beijing, China

“Di peringkat kelab, Presiden NS Wanderers RC, Abd Jalil Borhanuddin banyak meyakinkan saya untuk terlibat secara lebih serius dan profesional”, katanya.

Walaupun mempunyai semangat yang tinggi dalam sukan ini, Faeez tidak terkecuali daripada melalui pengalaman pahit ketika bermain. 

“Kecederaan lutut yang dialami pada tahun 2006 membuatkan saya berehat seketika dan mula aktif bermain selepas tujuh bulan menjalani program rehabilitasi intensif,” jelas Faeez.

Meskipun tidak bermain untuk negara lagi, Faeez masih aktif dalam perlawanan sosial bersama rakan-rakan, membantu pasukan ragbi di peringkat universiti dari segi pengurusan dan persiapan di bawah kelolaan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

“Sepanjang menyertai sukan ini, ragbi banyak mengajar saya erti kepimpinan, menghormati kawan dan lawan serta banyak memberi nilai-nilai positif dalam hidup”, kata Faeez lagi.

IKUTI ARTIKEL PENUH DISIARKAN DALAM EDISI JANUARI 2021

PROFIL 

Nama:             Mohammad Faeez Mohamad Alias

Asal:                Kuala Rompin, Pahang

Posisi:              Flanker, Scrumhalf, Center, Winger

PENCAPAIAN

2001:               Juara Kejohanan 7‘s Kebangsaan U-19 Negeri Sembilan

2002:               Juara Piala Agong 15’s Kebangsaan Negeri Sembilan

                        Juara National League 15’s

2003:               Juara Kejohanan 7’s Kebangsaan U-21 Negeri Sembilan

                        Juara Piala Agong 15’s Kebangsaan Negeri Sembilan

2004:               Juara National League 15’s

                        Juara Majlis Sukan Universiti Malaysia 7’S (MASUM)

                        Mewakili Malaysia di World University Championship (WUC) Beijing

2005:               Juara National League 15’s

                        Juara Majlis Sukan Universiti Malaysia 7’S (MASUM)

                        Juara Majlis Sukan Universiti Malaysia 15’s (MASUM)

                        Mewakili Malaysia ke Qualifying World Cup Kazakhstan

                        Mewakili Malaysia ke Tri-Nations Tournament

2006:               Juara Majlis Sukan Universiti Malaysia 15’s (MASUM)

2007:               Juara Majlis Sukan Universiti Malaysia 15’s (MASUM)

Majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021
Artikel penuh mengenai penglibatan Faeez dalam dunia ragbi disiarkan di dalam edisi Januari 2021

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Memorandum Perjanjian antara UPSI dan KRM bakal rancakkan ekosistem ragbi di Malaysia

Advertisement
0