Connect with us

Hi, what are you looking for?

Menteri KBS yakin ada sinar buat penggiat sukan
Menteri KBS gesa masyarakat hormati keluarga Haziq (Gambar fail)

NEWS

PEMERGIAN HAZIQ HARUS DIHORMATI – REEZAL MERICAN

Kematian mengejut atlet memanah Olimpik timbulkan pelbagai reaksi masyarakat

Hari kedua Syawal tahun ini dikejutkan dengan berita pemergian atlet memanah Olimpik negara, Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia semalam.

Portal berita Kosmo! melaporkan, kematian mengejut Haziq mendapat perhatian pelbagai pihak dan dalam masa yang sama terdapat pelbagai desas desus yang mengaitkan punca berlakunya kejadian itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican tampil dalam kenyataannya menyeru masyarakat agar tidak membuat tuduhan melulu mengenai pemergian mengejut atlet tersebut.

Tegasnya, Allahyarham Haziq tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ketika menjalani latihan terakhir di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 12 Mei lalu malah analisis ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Mei turut negatif.

Allahyarham Haziq telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 4 Mei lalu bersama 242 atlet negara dan menjalani latihan seperti biasa.

“Saya rasa kita perlu ada sifat rahmah dan hormati ahli keluarga dahulu. Arwah telah divaksinkan bersama saya pada April lalu dan menerima vaksin kali kedua pada 4 mei iaitu 10 hari lalu.

“Sejak divaksinkan semua atlet di bawah pemantauan rapi oleh kakitangan Institut Sukan Negara (ISN) malahan turut mengambil ujian saringan RTK pada 11 Mei lalu. Dari ujian itu adalah negatif”

Datuk Seri Reezal Merican – Menteri Belia dan Sukan

“Saya tidak mahu membuat andaian apa-apa dan saya fikir ia adalah tidak bertanggungjawab. Saya merayu agar mereka di luar sana tunjukkan rasa hormat kepada keluarga Allahyarham.

PERKEMBANGAN TERKINI @ 15 MEI 2021 12.30 PM

Terbaru, portal berita Harian Metro hari ini melaporkan punca kematian Haziq adalah disebabkan komplikasi saluran darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik dan Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Zahari Noor berkata, maklumat itu diperoleh hasil bedah siasat mayat di Hospital Kajang.

Katanya, sehingga kini, tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19.

“Kes disiasat oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang di bawah laporan kematian mengejut (SDR) dan arahan bedah siasat dikeluarkan untuk menentukan punca kematian.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan selepas calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif.

“Walaupun hasil bedah siasat sudah diperoleh, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal,” katanya.

Haziq menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada 9.37 pagi Jumaat (14 Mei) selepas dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kajang.

Jenazah dibawa pulang ke Melaka dan disembahyangkan di Surau al-Taqwa, Taman Koperasi sebelum disemadikan di Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau pada 1.40 pagi tadi.

Pengebumian jenazah atlet itu hanya dihadiri keluarga terdekat itu dan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan adalah balu Allahyarham, Shahira Abdul Halim dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Haziq pernah mewakili negara dalam dua temasya sukan iaitu Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016 dan kini dalam persediaan memburu tempat ke Olimpik Tokyo pada bulan Julai nanti.

Ragbi.MY dan seluruh komuniti ragbi tanah air merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Haziq dan didoakan keampunan buat rohnya dan dipermudahkan segala urusan keluarganya.

AL-FATIHAH

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican telah memutuskan untuk menangguhkan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang dijadualkan berlangsung...

Advertisement
0