Connect with us

Hi, what are you looking for?

Hong Kong Sevens ditunda ke bulan November 2021
Kali terakhir Hong Kong Sevens dianjurkan ialah pada 2019

FEATURES

Hong Kong Sevens Ditunda November 2021

Kejohanan berusia 45 tahun ini ditunda ke bulan November 2021

Kejohanan ragbi tujuh sebelah Hong Kong Sevens turut menerima tempias gelombang keempat pandemik Covid-19 apabila disahkan tidak akan berlangsung pada April ini.

Mengikut jadual asal, Cathay Pacific HSBC Hong Kong Sevens akan berlangsung pada 3 hingga 5 April 2021 namun situasi semasa di wilayah itu sendiri tidak menjamin acara tersebut dapat dilaksanakan.

Dalam pada itu, portal berita South China Morning Post melaporkan, pentadbiran Hong Kong membatalkan segala bentuk aktiviti sukan dan sosial termasuklah perarakan serta persembahan bunga api sempena Tahun Baru Cina yang menjadi ikon wilayah tersebut.

Pembatalan Hong Kong Sevens pada bulan April menyaksikan tarikh baru penganjuran iaitu pada 5-7 November nanti.

Kali terakhir acara itu berlangsung ialah pada 5 – 7 April 2019 menyaksikan Fiji muncul juara selepas menewaskan Perancis 21-7.

Highlight final Hong Kong Sevens 2019

Kejohanan yang berusia 45 tahun pada tahun ini merupakan antara acara paling berprestij dalam varian tujuh sebelah sejak 1976.

Pada tahun 1999, kejohanan ini telah menjadi sebahagian daripada World Rugby HSBC 7s Series, manakala Hong Kong Rugby Union (HKRU) selaku penganjur telah mencipta sejarah sebagai satu-satunya kesatuan yang berjaya menganjurkan Piala Dunia Tujuh Sebelah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1997 dan 2005.

Selain berita penundaan Hong Kong Sevens, HKRU dilaporkan akan menamatkan program elit ragbi (Elite Rugby Program, ERP) pada hujung Jun ini.

Artikel berkaitan: https://www.scmp.com/sport/hong-kong/article/3118164/hong-kong-rugby-union-axes-professional-mens-15s-elite-programme

ERP merupakan program sepenuh masa pasukan kebangsaan 15 sebelah Hong Kong dengan kekuatan 30 orang pemain profesional dan 5 pegawai yang akan ditamatkan pada 30 Jun nanti.

Berikutan penamatan program itu, pemain terlibat akan kembali kepada era semi-profesional; sama seperti tahun 2016 iaitu sebelum ERP diperkenalkan.

Hong Kong dalam masa yang sama bakal bertemu Malaysia dan Korea dalam saingan Asia Rugby Championship (ARC) pada bulan Mei dan Jun nanti.

Walau bagaimanapun, program elit bagi pasukan 7s (lelaki dan wanita) serta 15s wanita tidak terjejas dalam penamatan kontrak ini.

Dapatkan isu terkini majalah Ragbi.MY edisi Januari di sini >>
Majalah Ragbi.MY
Edisi Januari Ragbi.MY kini berada di pasaran

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0