Impact Sportwears – jenama jersi dan kelengkapan sukan yang tidak asing lagi khususnya bagi penggiat ragbi di Malaysia kini tampil dengan pelbagai rekaan gaya dengan kualiti terbaik di pasaran.
Kehadiran jenama ini di arena ragbi tanahair memberi lebih banyak pilihan kepada individu, pasukan dan kelab untuk memiliki ‘team kit’ masing-masing mengikut corak serta rekaan tersendiri.
Impact yang berpusat di Bintulu Sarawak tidak menjadikan lokasi sebagai halangan untuk ‘menawan’ industri sukan negara malah semakin mendapat kepercayaan daripada pelbagai pasukan dan kelab sama ada di Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung Malaysia.

READY MADE & CUSTOM MADE
Selain reka corak pakaian sedia ada (ready made), Impact turut menyediakan perkhidmatan custom made sama ada t-shirt mahupun jersi yang digunakan dalam perlawanan.
Bukan setakat ragbi, jenama ini berjaya meraih perhatian daripada penggiat sukan lain seperti larian, bola sepak serta e-sports termasuklah tempahan daripada organisasi atau persatuan yang menganjurkan pelbagai acara rasmi/tidak rasmi.
Kualiti yang dijaga rapi serta penggunakan material bermutu tinggi merupakan perkara yang sangat dititikberatkan demi memastikan setiap pelanggan mereka berpuashati terhadap pakaian yang dibeli.
Impact Running Pre Order now until 28th Feb 20215 more days to go!Material 135gsm Microfibre Eyelet AirSleeveless RM 50Roundneck RM 55Not including postageImpact X Autism Awareness
Posted by Impact Sportwears on Wednesday, February 24, 2021
aktiviti larian
DESIGN MEMIKAT & BERJIWA RUGGERS
Reputasi Impact bukan sahaja dikenali dalam negara, malah kini mula melangkah ke luar negara. Dalam satu posting di Facebook, pemain ragbi negara yang kini berada di Australia, Lawrence Petrus turut menunjukkan sokongan terhadap jenama Impact.
Rekaan baju bertemakan Bunga Raya mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat ragbi tanahair dan kini ianya digayakan sama ada di padang ataupun sewaktu bersantai.
Menurut Impact, rekaan tersebut telah diulang cetak beberapa kali disebabkan permintaan tinggi daripada peminat ragbi tempatan.
Dengan kualiti dan rekaan menarik, tidak mustahil satu hari nanti jenama Impact akan berada sebaris dengan jenama-jenama luar negara.
Our Malaysia Rugby Edition safely delivered to Mr @lawrenc_yewnn in NSW AustraliaThank you for your support!Speed recovery and come back stronger brother!#braceforimpact#impactgointernational
Posted by Impact Sportwears on Monday, March 15, 2021
Bagi anda yang ingin memiliki koleksi khas Bunga Raya atau ingin menempah jersi atau t-shirt dengan rekaan anda sendiri, boleh menghubungi Impact di talian: 013-807 3023 (Jared) atau 013-731 8295 (Atthia).
#braceforimpact

You must be logged in to post a comment Login