Connect with us

Hi, what are you looking for?

Menteri KBS yakin ada sinar buat penggiat sukan
Menteri KBS yakin ada sinar buat penggiat sukan & rekreasi (Foto: BERNAMA)

NEWS

Bakal Ada Sinar Buat Penggiat Sukan, Rekreasi – Reezal Merican

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan keyakinan bahawa bakal ada sinar buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa terdekat, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Feb.

Beliau berkata isu mengenai sektor tersebut telah dibawa ke mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi Selasa.

Reezal Merican berkata perkara itu berpandukan saranan serta cadangan daripada penggiat serta pemain industri, termasuk hasil sesi libat urus beliau bersama komuniti industri sukan minggu lalu.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang cukup memahami perkara ini dan insya-Allah, prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian sedang dibincang untuk disesuaikan dalam suasana PKP ini. Saya letakkan keyakinan bahawa penggiat dan pemain sektor sukan ini sebenarnya cukup teliti dan patuh kepada peraturan atau SOP.

“Insya-Allah, saya menjangkakan ada sinar buat kita semua dalam masa terdekat.

“Jaga diri dan jaga keselamatan kita. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19,” katanya menerusi catatan terbaru di Facebook rasminya.

Mengulas lanjut, beliau memberi fokus kepada tiga perspektif ketika membahaskan isu itu, termasuk soal kepatuhan para penggiat serta pemain sektor sukan dan rekreasi terhadap SOP sehingga kes melibatkan tersebut hampir tiada.

“Kedua, soal kebergantungan pendapatan sebahagian rakyat yang melibatkan aktiviti sukan seperti pengusaha fasiliti sukan komersial dan ketiga soal sukan perlu dilihat sebagai ekosistem ekonomi yang cukup besar dan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti sukan semata-mata.

“Sukan sebagai industri membawa pelaburan komersial yang bernilai tinggi termasuklah penajaan korporat, penyiaran dan kandungan siaran dengan ‘eye ball’ yang cukup tinggi serta penjualan dagangan yang melibatkan kejohanan utama seperti MFL (Liga Bola sepak Malaysia), STL (Liga Sepak Takraw) dan sebagainya,”

Reezal Merican

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini, dilanjutkan dua minggu lagi berikutan trend peningkatan kes COVID-19 di semua negeri.

BERNAMA

Dapatkan edisi terkini Ragbi.MY di sini >>

Majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021
Dapatkan edisi Januari 2021 sekarang

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Kerajaan Negeri Johor melahirkan kesediaan untuk menganjurkan SUKMA pada tahun 2022

FEATURES

enyataan Tender oleh Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini mengenai projek pembinaan stadium ragbi negara mendapat reaksi positif oleh rakyat Malaysia khususnya penggiat dan...

Advertisement
0