Connect with us

Hi, what are you looking for?

Ireland umum skuad Six Nations 2021
Senarai skuad yang akan membawa cabaran Ireland pada saingan Six Nations 2021 (Foto: Laman web Irish Rugby)

NEWS

Ireland Namakan Skuad Hadapi Six Nations 2021

Ireland mulakan saingan Six Nations pada 7 Februari nanti bertemu Wales di Cardiff

Selepas England menamakan barisan pemain untuk saingan Six Nations, kini giliran Ireland pula menamakan skuad yang akan menyarung jersi hijau tradisi negara itu.

Ketua Jurulatih Ireland, Andy Farrel hari ini mengumumkan senarai 36 pemain yang dipilih termasuk prop Tadhg Furlong dan dua muka baru yang akan memulakan debut iaitu Craig Casey (scrumhalf kelab Munster) dan Tom O’Toole (prop kelab Ulster).

Aksi ‘beast mode’ Furlong ditagih bagi memperkuatkan skuad Ireland dalam kempen Six Nations 2021

Ireland akan bertemu Wales di Cardiff pada perlawanan pertama mereka pada 7 Februari nanti dan seterusnya menghadapi Perancis di halaman sendiri di Dublin pada minggu berikutnya (14 Februari).

Seterusnya, Ireland akan berkunjung ke Stadio Olimpico di Rome, Itali pada 27 Februari.

Manakala Scotland pula akan melayani kunjungan Ireland pada pertemuan di Edinburgh (14 Mac) dan akan menghadapi skuad pimpinan Eddie Jones pada 20 Mac di Dublin.

Senarai Pemain: Nama/Kelab/Wilayah/Caps

Posisi: Backs (17 orang)

Bundee Aki (Galwegians/Connacht) 30
Billy Burns (Ulster) 3
Ross Byrne (UCD/Leinster) 11
Craig Casey (Shannon/Munster) *
Andrew Conway (Garryowen/Munster) 24
Shane Daly (Cork Constitution/Munster) 1
Keith Earls (Young Munster/Munster) 88
Chris Farrell (Young Munster/Munster) 14
Jamison Gibson-Park (Leinster) 5
Robbie Henshaw (Buccaneers/Leinster) 47
Hugo Keenan (UCD/Leinster) 6
Jordan Larmour (St. Mary’s College/Leinster) 24
James Lowe (Leinster) 2
Stuart McCloskey (Bangor/Ulster) 4
Conor Murray (Garryowen/Munster) 87
Garry Ringrose (UCD/Leinster) 30
Jonathan Sexton (St. Mary’s College/Leinster) (Kapten) 95

Posisi: Forwards (19 orang)

Tadhg Beirne (Lansdowne/Munster) 17
Will Connors (UCD/Leinster) 5
Caelan Doris (St. Mary’s College/Leinster) 7
Ultan Dillane (Galway Corinthians/Connacht) 17
Tadhg Furlong (Clontarf/Leinster) 25
Cian Healy (Clontarf/Leinster) 104
Dave Heffernan (Buccaneers/Connacht) 5
Iain Henderson (Academy/Ulster) 58
Rob Herring (Ballynahinch/Ulster) 16
Ronan Kelleher (Lansdowne/Leinster) 6
Dave Kilcoyne (UL Bohemians/Munster) 39
Peter O’Mahony (Cork Constitution/Munster) 73
Tom O’Toole (Banbridge/Ulster) *
Andrew Porter (UCD/Leinster) 32
Quinn Roux (Galwegians/Connacht) 16
Rhys Ruddock (St. Mary’s College/Leinster) 26
James Ryan (UCD/Leinster) 32
CJ Stander (Shannon/Munster) 46
Josh van der Flier (UCD/Leinster) 28

Ikuti perkembangan terkini Six Nations 2021 dibawakan khas untuk anda oleh Ragbi.MY

Miliki edisi terkini Ragbi.MY Januari 2021 di sini >>

Majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021
Dapatkan edisi Januari 2021 sekarang

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Scrumhalf Antoine Dupont and four other first-team players who tested positive for COVID-19 are out of France's squad for next Sunday's Six Nations match...

NEWS

Powerful performance by England, France & Wales in Round 2

NEWS

England will be limited to selecting squads of 28 players for their Guinness Six Nations title defense in an effort to enhance coronavirus safety...

NEWS

Meskipun nasib penganjuran Guinness Six Nations masih lagi menjadi tanda tanya, Ketua Jurulatih Perancis, Fabien Galthie telah mempersiapkan skuad Les Bleus bagi menghadapi kejohanan...

Advertisement
0