Connect with us

Hi, what are you looking for?

Black bersama koleksi kegemarannya
Black bersama koleksi jersinya

FEATURES

Black ‘Gila’ Jersi Ragbi

Habiskan lebih RM50,000 untuk hobi unik ini

Pada edisi kelima majalah Ragbi.MY, kami telah menampilkan Muhamad Dzulkifli Razali atau lebih dikenali dengan ‘Black’ yang berkongsi kisah kegilaannya terhadap jersi ragbi.

Ikuti temubual istimewa kami bersama Black.

Dzulkifli atau lebih lebih mesra dipanggil Black bersama koleksi jersi beliau
Kenapa suka kumpul jersi?

Saya merupakan seorang pemain ragbi dan sudah tentulah berminat mengumpul barangan sukan yang saya minati. Sebab lain adalah kebanyakan jersi ragbi mempunyai corak dan kombinasi warna yang terlalu unik dan menyerlah.

Semuanya original dan dijaga dengan rapi

Saya suka melihat reka bentuk yang dihasilkan oleh pengeluar jenama sukan antarabangsa. Saya juga sangat puas apabila membeli koleksi yang original, bukannya tiruan.

Sejak bila mulakan hobi ini?

Pertengahan 2012. Saya mula berjinak jinak dengan pakaian terpakai (bundle) yang lebih kepada pakaian ragbi klasik yang lebih tebal dan tahan lasak seperti jenama Canterbury yang sememangnya dikenali oleh peminat sukan ragbi.

Pada masa tersebut saya hanya mengumpul sehelai dua jersi sahaja.

Saya lebih ‘gila’ menjadi pengumpul tegar pada awal 2014 apabila Adidas mengeluarkan jersi yang sangat menarik kepada pasukan kelab daripada New Zealand seperti Chiefs dan Blues.

Jersi pertama dibeli, jersi apa dan berapa harganya?

Jersi kelab ragbi Chiefs Super Rugby Home Jersey 2014/15 berharga RM380.

Berapa helai jersi dalam koleksi anda?

Hampir 200 helai. Kebanyakannya adalah modern rugby jersey. Lebih 80% koleksi adalah daripada jenama Adidas dan selebihnya adalah jenama seperti Canterbury, Nike, Asics dan lain-lain lagi.

“Kalau dianggarkan secara kasar, hampir RM50,000 telah dibelanjakan hingga ke hari ini…”

Black
Kegilaan Black terhadap jersi ragbi menjadikan beliau antara yang memiliki koleksi terbanyak di negara ini
Selalunya beli jersi di mana?

Kebanyakan koleksi dibeli melalui online shop berteraskan ragbi daripada luar negara seperti di UK dan New Zealand. Selebihnya adalah melalui penjual online di Malaysia yang ‘trusted’ seperti di Facebook Mohd Raga bin Sudin (Sudin bin Williams) dan ramai lagi. Ada juga koleksi yang saya dapatkan melalui Mudah.my dan juga di Carousell.

Terdapat Whatsapp group juga diwujudkan bagi pengumpul tegar untuk berkongsi koleksi ragbi, berjual beli dan berkongsi ilmu bekaitan dengan ketulenan, tahun dikeluarkan dan sebagainya.

Jika beli secara online anda selalu beli di mana?

Saya akan melayari laman ebay.com, lovell-rugby.co.uk, rugbystore.co.uk, ryos.co.nz, worldrugbyshop.com kerana tawaran harga yang sangat istimewa.

Bagaimana dengan penjagaan jersi-jersi ini?

Sepertimana yang kita tahu, jersi ragbi moden ini kebanyakannya mempunyai logo penaja yang ditampal ‘patch’.

Sebagai langkah penjagaan, kebiasaannya saya akan membasuh sendiri dengan rendaman air sabun dan dibilas. Sekiranya ada tampalan sponsor yang telah usang ataupun tercabut, saya akan membuat tempahan ‘patch’ mengikut saiz asal dan akan menampalnya sendiri menggunakan seterika.

Apakah koleksi yang paling anda sayang?

All Blacks RWC2015 Player Issue Jersey yg lebih dikenali sebagai ‘The Blackest Jersey Ever’ yang pernah dikeluarkan oleh Adidas kepada pasukan New Zeland All Blacks.

Anak-anak turut menerima tempias kegemaran ayah mereka terhadap jersi ragbi

Anda ada kisah menarik untuk dikongsi? Hantarkan kisah atau maklumat ringkas ke alamat email: bobfaizeli@ragbi.my

Dapatkan pelbagai kisah menarik yang kami bawakan dari seluruh negara khas buat komuniti ragbi tempatan.

Jangan lupa dapatkan naskhah majalah anda di sini >>

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0