Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) baru-baru ini mengumumkan kalendar pertandingan bagi tahun 2021 melalui Naib Presiden yang juga Pengarah Pertandingan KRM, Fahmy Jalil.
Jadual tersebut dimulakan dengan Asia Rugby Championship (15’s Top Division) melibatkan Hong Kong, Malaysia dan Korea Selatan.
Pada 22 Mei 2021, Malaysia akan bertemu Korea Selatan di Incheon, manakala pada 29 Mei, Malaysia akan menerima kunjungan Hong Kong di Johor Bahru dan 12 Jun Malaysia dijadualkan bertemu Korea Selatan di venue yang sama.
Pada 19 Jun pula, skuad Bunga Raya akan bertemu Hong Kong di laman tuan rumah dan diikuti dengan perlawanan Hong Kong menentang Korea Selatan pada minggu berikutnya.
Kejohanan Asia Rugby U18 Boys 7’s pula dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Ogos namun venue masih belum ditentukan setakat ini.
Manakala bagi kejohanan Asia Rugby U18 Girls 7’s pula akan berlangsung pada 18 dan 19 September di Tashkent, Uzbekistan.
Sementara itu Asia Rugby 7’s Series akan berlangsung di Incheon (28 & 29 Ogos), Huizhou pada 11 dan 12 September dan siri 3 akan berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 25 dan 26 September nanti.
Walau bagaimana pun, Kejohanan Asia Rugby U20 (7’s) Mens dan Womens masih belum lagi ditentukan tarikh dan lokasi setakat ini.
China pula akan menjadi tuan rumah untuk Asia Youth Games 7’s di Shantou pada 27 dan 28 November.
Mengikut jadual, Thailand akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Asia Rugby Men U19 (15’s) bagi Divisyen 1 melibatkan skuad negara, Thailand selaku tuan rumah, Flipina dan Singapura.
Sementara itu, bagi kejohanan dalam negara anjuran KRM, dimulakan dengan National Sevens pada 31 Julai hingga 1 Ogos di Ipoh, manakala saingan Piala Agong bermula 7 Ogos hingga 31 Disember.
Fahmy yang dihubungi Ragbi.MY berkata, KRM merancang untuk mengadakan kejohanan bermula selepas bulan Jun berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 yang tidak menentu.
Namun di sebalik ketidaktentuan tersebut, KRM berusaha keras bagi memastikan segala perancangan dan penganjuran kejohanan dapat dilaksanakan sebaiknya, kata Fahmy.
Untuk senarai penuh Kalendar Kejohanan Asia Rugby 2021 klik di sini
You must be logged in to post a comment Login