Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

KBS: Tiada Penganjuran SUKMA Tahun 2020 & 2021

Kerajaan Negeri Johor melahirkan kesediaan untuk menganjurkan SUKMA pada tahun 2022

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan medianya hari ini mengumumkan bahawa tiada penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2020 dan 2021.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas mesyuarat secara atas talian bersama Sekretariat SUKMA Johor 2020 dan wakil-wakil negeri serta Kerajaan Negeri Johor.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri Johor telah memohon agar SUKMA dan Para SUKMA 2020 yang telah dijadualkan pada Mac dan April 2021 ditangguhkan sekali lagi atas beberapa sebab utama antaranya ketidaktentuan dalam penularan pandemik COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga ketika ini.

Ketidaktentuan tarikh penganjuran temasya juga memberi tekanan dan kekangan kepada program pelaksanaan atlet negeri-negeri terlibat selain kalendar sukan antarabangsa seperti Kejohanan Bola Sepak Euro 2020 (Julai 2021), Sukan Olimpik Tokyo (Julai/Ogos 2021) dan Sukan Paralimpik Tokyo (Ogos/September 2021).

Namun, Kerajaan Negeri Johor melahirkan kesediaan untuk menganjurkan SUKMA pada tahun 2022 memandangkan Johor telah bersedia hampir 99% dari segi perancangan, pengurusan, teknikal serta kemudahan pertandingan.

Justeru, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA/ Para SUKMA telah sebulat suara menangguhkan temasya SUKMA dan Para SUKMA XX ke tahun 2022.

Dalam pada itu, SUKMA 2024 akan menyaksikan Majlis Sukan Negara selaku tuan rumah bersama Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

KBS maklumkan penggantungan itu termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka

NEWS

SOP terkini aktiviti sukan dan rekreasi diumumkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan...

NEWS

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan keyakinan bahawa bakal ada sinar buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa...

NEWS

Oleh Mohd Amin Jalil SKUAD Ragbi Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Sembilan akan mempertaruhkan lapan pemain remaja kebangsaan dalam misi meraih pingat emas pada temasya...

Advertisement
0