Perkembangan ragbi di peringkat sekolah mendorong wujudnya pelbagai pasukan dan kelab bagi menyemarakkan lagi senario sukan tempatan.

Ragbi.my kali ini menampilkan seorang pemain cilik berbakat besar, Khairunnajah Khairul Syahmi yang mula menceburkan diri dalam sukan ragbi sejak berusia 6 tahun dan kini fokus dalam membangunkan bakat dan potensi diri ke peringkat seterusnya.
Khairunnajah bermain untuk kelab The Musketeers Putrajaya sejak 2016 mempunyai pengalaman luas bersaing dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Pada tahun 2016 di awal pembabitannya dalam sukan ragbi, Khairunnajah menyertai kejohanan Tanglin Mini Rugby Club Cup di Singapura dan berjaya merangkul johan Shield.
Manakala pada tahun berikutnya di kejohanan yang sama, Khairunnajah membantu pasukannya meraih johan Plate dan pada tahun 2018 di Centaurs International Mini & Youth Club di Singapura, The Musketeers muncul selaku 1st Runner Up Plate.
Antara kejayaan Khairunnajah bersama The Musketeers termasuklah:
- KLS International 2017 – johan shield
- KL Tigers International 2017 ( plate)
- KL Tigers International 2018 ( plate)
- Musketeers mini Club Cup 2016 (Johan Plate)
- Musketeeers mini Club Cup 2017 ( Johan Cup)
- Musketeers mini Club Cup 2018 (Plate)
- Bukit Beruang 7s, Melaka 2018 ( Johan Cup U8)
- NRDP Melaka 7s 2017 u7 (Johan plate)
- NRDP LAVENDER 7S 2017, Negeri Sembilan ( plate)
- NRDP LAVENDER 7s 2018, Negeri Sembilan (Plate)
- CONVENT BP POWER GIRLS U8, JOHOR Girls Touch Rugby (Johan plate)
- MUSKETEERS GIRLS JUNIOR CUP 2019 BAWAH 10- KEDUA
Prestasi Khairunnajah dalam sukan ragbi didorong oleh sokongan padu kedua ibu bapanya yang sentiasa memberi galakan dan hadir pada sesi latihan mahupun sewaktu hari perlawanan.
Kami di Ragbi.my mengucapkan selamat maju jaya kepada adik Khairunnajah dan semoga cita-citanya untuk mengharumkan nama negara khususnya dalam ragbi wanita menjadi kenyataan.

You must be logged in to post a comment Login