Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kemaman unggul pada siri kejohanan pertama Coastal Test Series
Kemaman menang 12-5 mengenepikan cabaran Dungun pada siri pertama Coastal Test Series

NEWS

KEMAMAN UNGGUL DI COASTAL RUGBY TEST SERIES 1

Perlawanan siri pertama melibatkan Kemaman dan Dungun berkesudahan 12-5

Buat julung kalinya diadakan satu perlawanan melibatkan Komuniti 16 Dungun (Ragbi Dungun) bertemu Persatuan Ragbi Kemaman bertempat di Padang Ragbi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu, semalam.

Coastal Rugby Test Series (CRTS) ialah kejohanan pertama kali dianjurkan berkonsepkan ala-“State of Origin” dan “All Blacks North vs South”, di mana dua daerah (Dungun dan Kemaman) berentap untuk Piala YB Tuan Haji Wan Hassan.

Uniknya, pemain haruslah beralamat dalam daerah yang diwakili (Kemaman/Dungun). Matlamat utama adalah untuk membangunkan sukan ragbi daripada peringkat akar umbi daerah dan memupuk minat masyarakat setempat terhadap sukan ragbi.

CTRS dimainkan di dalam format 15 sebelah, dan akan dijalankan selama empat siri di mana setiap daerah akan menjadi tuan rumah secara bergilir.

Pasukan Kemaman bersama trofi pusingan selepas menundukkan Dungun (12-5) di padang ragbi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun

Untuk edisi sulung ini, Kemaman menang tipis ke atas Dungun (12-5) dalam perlawanan yang begitu mendebarkan.

Try pertama diraih Kemaman di penjuru kanan padang oleh Mohd Farize Hashim pada minit ke-25.

Dungun bagaimanapun bangkit menggandakan asakan dan menyamakan kedudukan melalui try oleh Fakhru Syakirin.

Asakan demi asakan menyaksikan Mohd Harith Asyraf Rosdi muncul wira apabila berjaya membuat try kemenangan buat Kemaman, hasil tekanan berterusan dari lineout.

Manakala Mohd Afifi pula dengan tenang berjaya mendapatkan mata buat Kemaman melalui sepakan conversion.

Siri kedua dijadualkan berlangsung pada Jun depan di mana Persatuan Ragbi Daerah Kemaman sebagai tuan rumah.

Dengan pematuhan SOP yang ketat, tiada penonton atau penyokong dibenarkan hadir ke perlawanan ini.

Ikuti laporan penuh perlawanan ini yang akan disiarkan di dalam edisi April majalah Ragbi.MY.

Dapatkan berita & informasi terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan khas untuk anda oleh Ragbi.MY – majalah ragbi pertama di Malaysia.

March edition featuring Fendi X-Factor

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0