Connect with us

Hi, what are you looking for?

An early game of football at rugby school. credit please to ?World Rugby Museum, Twickenham?.

FIXTURES

Kisah Di Sebalik Bola Gilbert

Bola jenama Gilbert sangat sinonim bagi sukan ragbi. Namun tahukah anda sejarah di sebalik jenama paling popular dalam sukan ragbi ini?

Dilahirkan pada tahun 1799, William Gilbert adalah seorang pembuat kasut dan but untuk sekolah di pekan Rugby, England.

Bola ragbi yang terawal dihasilkan berbentuk sedikit bujur

Beliau beroperasi di sebuah kedai kecil miliknya yang kemudiannya dibeli oleh Grays dan dijadikan kedai sukan.

Menjelang tahun 1823, Gilbert telah mula membekalkan bola sepak untuk kegunaan sekolah di Rugby. Ketika itulah, William Web Ellis memainkan bola sepak dengan cara berlari sambil memegang bola dan perbuatannya itu mencetuskan sukan baru dikenali Rugby Football.

Gambaran kit jersi pemain ragbi pada tahun 1870

Bola yang dijahit oleh William Gilbert berbentuk seperti buah plum, sedikit bujur namun lama-kelamaan bola ragbi dicipta menjadi lonjong apabila pundi kencing khinzir digunakan pada zaman itu sebagai bola.

Pada 1842, William Gilbert memindahkan kedainya ke St. Matthew Street, berdekatan dengan sekolah Rugby.

Menjelang 1851, populariti bola Gilbert mula meluas berikutan sambutan umum terhadap sukan Rugby Football. Lebih menambah popularitinya apabila Gilbert memenangi pingat di Great Exhibitions London pada 1851 dan 1862.

Manakala pada 1875, bola diperbuat daripada getah dicipta oleh Richard Lindop di Rugby dan ketika itulah bermulanya era lebih gemilang sukan ragbi.

Namun William Gilbert meninggal dunia pada 1877 dan perniagaan tersebut diteruskan oleh anak buahnya bernama James. Kapasiti pengeluaran meningkat kepada 2,800 biji bola setahun.

Ketika sukan ragbi semakin popular, Gilbert mula mengeksport bola ke Australia. Pada tahun 1917, selepas kematian ayah James, beliau yang baru kembali dari perang terus menguruskan syarikat tersebut.

Bagi mengukuhkan jenama Gilbert, James telah memeriksa dengan teliti kesemua bola yang dihasilkan dan  mencetak nama GILBERT pada bola-bola tersebut.

Pada 1946, Gilbert bekerjasama dengan sebuah jenama bola sepak di Glasgow, Thomlinsons yang bertanggungjawab terhadap pemasaran dan pengedaran sehingga tahun 1970.

Setiap perniagaan ada pasang surutnya, begitu juga Gilbert. dengan perkembangan teknologi serta persaingan pada ketika itu, keluarga Gilbert berhasrat untuk menjual perniagaan pada tahun 1978.

Namun pada 2002, Grays of Cambridge International Ltd menjadi pemilik bagi jenama Gilbert dan meneruskan tradisi kecemerlangan dalam pembuatan bola ragbi berkualiti tinggi dan digunakan di seluruh dunia.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Until the movie, “Invictus” came out, Forever Strong may have been the one rugby themed movie that everyone talked about in the rugby community....

NEWS

Kehangatan Piala Dunia Ragbi Wanita (RWC) 2021 semakin terasa apabila jenama bola ragbi Gilbert melancarkan reka bentuk bola rasmi yang akan digunakan sepanjang kejohanan...

NEWS

Rugby Australia (RA) dilaporkan telah menghantar dokumen setebal 29 muka surat kepada Kerajaan Persekutuan Australia mengandungi perancangan terperinci badan ragbi itu untuk meneruskan kejohanan...

NEWS

Industri sukan global terjejas teruk akibat pandemik COVID-19

Advertisement
0