Connect with us

Hi, what are you looking for?

kluang rugby club
Antara aksi menarik sepanjang perlawanan persahabatan di antara KRC dan RMP Johor berlangsung (Foto kredit: Aksikudirakam/ Muhamad Mahazam)

NEWS

KLUANG RUGBY CLUB ANJUR PERLAWANAN PERSAHABATAN

24 Oktober – Kluang Rugby Club (KRC) bersama penggiat sukan ragbi tanah air menambah kemeriahan yang kini dirasakan di seluruh negara.

Kali ini KRC menganjurkan perlawanan persahabatan dengan pasukan Polis Johor (RMP Johor) bertempat di Padang Ragbi Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Taman Intan, Kluang Johor.

Menurut Presiden KRC, Norsyah Nizam A. Aziz ketika dihubungi Ragbi.MY berkata, perlawanan tersebut adalah sebagai pendedahan kepada pemain muda (bawah 20 tahun) untuk mengembalikan kemahiran mereka setelah berehat panjang akibat pandemik.

Manakala bagi pasukan RMP Johor pula, mereka sedang dalam persediaan menghadapi kejohanan Piala Ketua Polis Negara (KPN) serta cabaran Liga Ragbi Johor 2022.

Jelas Norsyah, padang awam di bawah seliaan MPK kini diserahkan kepada Kesatuan Ragbi Johor (JRU) dan dikendalikan oleh KRC untuk digunakan sebagai venue latihan bagi pasukan Tun Hussein Onn Rugby (THOR) dan KRC.

“Pihak MPK juga turut menambahbaik fasiliti di padang dengan membina tandas dan bilik persalinan di samping pembinaan tiang baharu serta pagar di kawasan berkenaan,” jelasnya lagi.

Timbalan Ketua Polis Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani serta Khairul Anuar Ahmad Kamil (Ahli Majlis MPK) turut hadir menyaksikan perlawanan serta memberi sokongan kepada pemain daripada kedua-dua pasukan.

Timbalan Ketua Polis Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani (tengah) serta Ahli Majlis MPK, Khairul Anuar Ahmad Kamil (kanan) turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut

Selain pasukan senior, veteran KRC juga tidak ketinggalan beraksi pada perlawanan tersebut dengan menumpaskan RMP Johor 27-5.

Foto kredit: @aksikudirakam / Muhamad Mahazam KRC

Kenangan… kedua-dua pasukan bergambar sebelum memulakan aksi di padang ragbi MPK (Foto kredit: aksikudirakam/ Muhamad Mahazan)

EDISI #18 MAJALAH RAGBI.MY KINI DI PASARAN

Jangan ketinggalan untuk memiliki naskhah anda sekarang! Lebih padat & penuh informasi buat komuniti ragbi tanah air dibawakan khas untuk anda oleh majalah ragbi pertama di Malaysia.

Edisi #18 menampilkan Wahidah selaku penghias muka depan Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

PERLAWANAN UJIAN BAGI MELIHAT PERSEDIAAN SKUAD HADAPI CABARAN DI DUBAI NOVEMBER DEPAN

NEWS

Martabatkan profesion juruterapi sebagai tema edisi #18 Oktober 2021

FEATURES

Penubuhan THOR wajar dijadikan contoh oleh semua pihak dalam melahirkan bakat baru sukan ragbi di peringkat sekolah

NEWS

Uruguay overturned a three-point deficit from the first leg to qualify for Rugby World Cup 2023 as Americas 1. Outscoring the Eagles four tries...

Advertisement
0