Connect with us

Hi, what are you looking for?

Piala Agong KRM
Edisi 2019 menyaksikan Terengganu menewaskan Sabah pada final Piala Agong (Gambar fail Ragbi.MY)

NEWS

NATIONAL 7’S DAN PIALA AGONG 2021 DITANGGUH-KRM

Situasi pandemik yang tidak menentu serta penguatkuasaan SOP ketat jadi penyebab utama

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hari ini mengumumkan bahawa dua kejohanan utama anjuran badan induk itu, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Naib Presidennya, Fahmy Jalil selaku Pengarah Pertandingan KRM yang memaklumkan perkara itu berkata, kejohanan terbabit ialah National 7’s dan Piala Agong masing-masing dijadualkan pada penghujung Julai dan Ogos 2021.

Dalam kenyataannya, Fahmy memaklumkan bahawa National 7’s yang sepatutnya berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos nanti ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan.

IMBAS KEMBALI… Kali terakhir Piala Agong dianjurkan pada 2019 menyaksikan Terengganu bergelar juara selepas menewaskan Sabah 26-24 di Kompleks Sukan UPM, Serdang (Gambar fail Ragbi.MY)

Manakala kempen Piala Agong yang dijadualkan bermula pada 14 Ogos turut mengalami nasib yang sama.

Menurut Fahmy lagi, Lembaga Pertandingan KRM telah mendapat persetujuan daripada barisan Exco badan induk itu untuk menangguhkan kejohanan tersebut berikutan situasi pandemik Covid-19 di negara ini serta penguatkuasaan SOP baharu yang lebih ketat bermula 25 Mei ini.

“Sebarang makluman tentang tarikh baru kejohanan anjuran KRM akan dimaklumkan setelah mengambil kira situasi semasa yang tidak menentu buat masa kini,” jelas Fahmy.

Susulan pengumuman itu, Fahmy memberitahu bahawa KRM akan mengeluarkan surat pemakluman penangguhan kejohanan kepada Setiausaha Ahli Gabungan dalam masa terdekat.

Dapatkan edisi terkini majalah Ragbi.MY menampilkan MALROSE dengan Misi Bantuan ke Jeli serta edisi khas Syawal bersama lagenda negara, Ahmad Farid Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Ujang.
Edisi Syawal Ragbi.MY bersama Ujang berkongsi pengalaman sewaktu beraksi dalam SUKOM 98

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Memorandum Perjanjian antara UPSI dan KRM bakal rancakkan ekosistem ragbi di Malaysia

FEATURES

Bekas kapten pasukan kebangsaan kongsi kisah kegemilangan Malaysia tahun 80-an

FEATURES

Bukit Beruang Rugby Club bermula dari bawah dan terus mencipta pelbagai kejayaan

FEATURES

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan, skuad wanita 7s negara tetap menumpukan perhatian terhadap program latihan pada ketika ini. Berlatih berpandukan SOP, skuad...

Advertisement
0