Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

Lagenda “POLIS BERSATU” Tampil Beri Saingan di Cobra 10’s

Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mula mewarnai arena sukan tanahair sejak tahun 1950an lagi.

Nama-nama besar seperti Abdul Ghafar Rejab, Abdul Hamid Ali, Roslan Siru dan Mohd Rafique Ramli Ariffin selain Huzir Mohamed pernah dilabelkan sebagai pemain-pemain digeruni lawan sekitar tahun 80an dan 90an.

Pemain-pemain ragbi PDRM bersama dengan bintang-bintang yang pernah menyemarakkan sukan ragbi negara satu masa dahulu

PDRM juga pernah menyertai Kejohanan Ragbi Cobra 10’s dan telah menjulang kejuaraan sebanyak dua kali sekitar tahun 80an.

Pada edisi 2019, PDRM berazam mengulangi zaman kegemilangannya dengan mengangkat kembali nama POLIS BERSATU sebagai nama pasukan dan memberi saingan sengit dalam kejohanan yang dijadualkan pada 9 dan 10 November ini di Kelana Jaya.

Match Fixtures

Menurut Pengurus Pasukan POLIS BERSATU, Superitendan Muhammad Najib Hamzah yang dihubungi Ragbi.my berkata, pasukannya akan dibarisi oleh pemain junior dan senior serta enam pemain import dari Fiji.

PDRM yang juga juara liga Divisyen II Piala Agong bakal berhadapan dengan pasukan-pasukan ternama luar negara antaranya Silverbacks dari Australia, Global Lions dari New Zealand dan NNK Rugby dari Afrika Selatan.

Jelas Muhammad Najib lagi, penggunaan nama POLIS BERSATU amat bertepatan dengan hasrat untuk mengambalikan zaman kegemilangan sukan ragbi PDRM yang sangat cemerlang suatu masa dahulu.

“Edisi kali ini juga menjadi titik tolak penyertaan dan pendedahan PDRM di peringkat antarabangsa,” katanya.

Berdasarkan prestasi semasa, beliau yakin POLIS BERSATU mampu mencipta kejutan dan mejulang nama negara ke peringkat lebih tinggi, ujarnya lagi.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya. Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM,...

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

NEWS

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

Advertisement
0