Berita mengejutkan buat peminat ragbi tanahair apabila Lawrence Petrus yang kini bermain untuk pasukan Manly Marlins di Sydney dikhabarkan mengalami kecederaan serius sewaktu menjalani latihan bersama pasukan tersebut.
Pengurus Lawrence, Khairul Syazwan Azahar ketika dihubungi Ragbi.MY mengesahkan perkara itu.
Khairul memberitahu, keadaan Lawrence pada ketika ini stabil namun terpaksa direhatkan buat sementara waktu.
“Pergelangan tangan Law cedera agak serius dan kini tangannya bersimen manakala terdapat beberapa ligamen yang turut mengalami kecederaan,” jelas Khairul.
Jelasnya lagi, pemain berkenaan bakal direhatkan buat sementara waktu bagi memastikan kecederaannya benar-benar pulih dan boleh beraksi dalam saingan Shute Shield kelolaan New South Wales (NSW) Rugby Union.
“Kita masih lagi memantau perkembangan terkini Law di sana dan apa yang diharapkan pada ketika ini ialah proses pemulihan bagi membolehkan beliau bermain dalam skuad utama Manly Marlins,” ujar Khairul.
Ragbi.MY sebelum ini melaporkan perpindahan Lawrence daripada kelab University of Western Australia (UWA) Rugby Club di Perth ke Manly Marlins yang berpusat di Sydney.
Bacaan lanjut: Lawrence Petrus Berhijrah ke Manly Marlins
Teruskan bersama Ragbi.MY yang akan membawakan perkembangan terkini beliau di Sydney dari masa ke semasa.
Buat peminat ragbi tanahair, sama-sama kita doakan agar pemain kesayangan ramai ini kembali pulih dan beraksi untuk pasukan barunya.
Bakal berada di pasaran: Edisi Mac 2021 menampilkan Fendi X-Factor & sukan touch yang kini semakin popular di Malaysia.
Dapatkan majalah Ragbi.MY didatangkan dengan versi bercetak dan digital yang boleh dilanggan untuk tempoh 12 bulan. Dapatkannya sekarang. Klik butang di bawah untuk melanggan.
You must be logged in to post a comment Login