Dua klip video berdurasi 20 saat memaparkan aksi Lawrence mencipta ‘try’ terus menjadi sensasi dan tular, sekurang-kurangnya menenggelamkan isu politik semasa tanahair.
Pada perlawanan semalam, Lawrence menghadiahkan mata penting buat pasukannya University of Western Australia (UWA) sewaktu bertemu Curtin University Rugby pada saingan pusingan ke-13 Fortescue 2020 Premier Grade.
Rakaman video tersebut dengan jelas memaparkan bagaimana Lawrence dengan sepenuh kelajuan dan menggunakan pengalamannya merempuh pertahanan lawan melepasi garisan ‘try’ untuk mengutip mata bagi pasukannya.
pusingan ke-13 semalam.
Sumber: Khairul Syazwan Azahar
Sumber: Khairul Syazwan Azahar
Sebaik wisel tamat permainan ditiup pengadil bertugas, UWA mencipta rekod dengan mata 92 – 15. Kemenangan tersebut membawa pasukannya ke Tier 2 kejohanan dengan penentuan untuk tempat ke-5 hingga ke-8.
Dua ‘try’ pada perlawanan tersebut menjadikan lima keseluruhannya pada kempen musim ini buat Lawrence.
Rugby was the real winner in the fixtures against our friends from Curtin University Rugby.3rds Win 18 -…
Posted by UWA Rugby Club on Saturday, September 26, 2020
Pencapaian Lawrence pada ketika ini menjadi pencetus kepada generasi pelapis ragbi tanahair untuk terus berusaha dan berani menyahut cabaran mengembangkan sayap di luar negara seperti Dugro yang kini bermain di Japan Rugby Top League dan Lawrence sendiri di UWA.
Buat Lawrence, teruskan prestasi cemerlang anda di sana. Seluruh komuniti ragbi di tanahair sentiasa mengikuti perkembangan terkini Lawrence setiap masa.
You must be logged in to post a comment Login