Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

Lawrence Petrus Nantikan Aksi Sulung Di Perth

Sejak berlepas ke Perth Australia pada 15 Mac lalu, Lawrence Petrus masih belum sempat beraksi bersama pasukannya University of Western Australia (UWA) berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Susulan laporan Buletin Utama TV3 mengenai perkembangan terkini Lawrence, kami di Ragbi.my menghubungi beliau untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jelas Lawrence, latihan kini dijalankan dalam kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 10 orang seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa Western Australia.

“Ketika ini kami hanya berlatih skill dan conditioning sahaja, namun masih belum mempunyai jadual tetap kerana bergantung kepada pengumuman oleh jurulatih dari masa ke semasa,” kata Lawrence

Meskipun demikian, Lawrence tetap melaksanakan aktiviti kecergasan sama ada di dalam mahupun di luar rumah kediamannya di Perth.

Gambar dikirim Lawrence melalui Whatsapp khas untuk pembaca Ragbi.my, diambil sewaktu aktiviti jogging petang semalam

Dalam temubual itu, Lawrence merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengikuti perkembangannya di luar negara.

Liga domestik Western Australia, FMG 2020 Premier Grade yang dijadualkan pada 28 Mac terpaksa ditangguh buat sementara waktu dan berita terkini melaporkan ianya bakal bersambung menjelang Jun nanti.

“Saya amat merindui segalanya di Malaysia, keluarga, kawan-kawan, makanan tempatan serta budayanya,” tambah Lawrence.

Paling dirindui makanan Sabah seperti kolomen sasau dan siopon di samping saat-saat istimewa hangout bersama rakan-rakan di Malaysia.

Selain bermain ragbi, Lawrence juga berkebolehan dalam bidang masakan

Lawrence yang bermain di posisi prop dalam pasukan UWA berkata, setakat ini layanan diberikan oleh rakan-rakan sepasukannya amat baik sekali dan masing-masing masih menantikan pengumuman daripada kerajaan mengenai kebenaran meneruskan liga domestik di Western Australia.

Pose istimewa Lawrence Petrus buat peminat serta pembaca Ragbi.my

Mengakhiri temubual, Lawrence berharap agar rakan-rakan penggiat ragbi di Malaysia sentiasa kekal aktif dan teruskan dengan aktiviti kecergasan supaya lebih bersedia apabila dibenarkan bermain nanti.

Buat Lawrence, Ragbi.my mengucapkan selamat maju jaya kepada anda, teruskan menjadi idola kepada generasi muda ragbi negara untuk lebih berani dan bersemangat meneroka peluang menimba pengalaman di luar negara,

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya. Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM,...

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Pergelangan tangan dan ligamen Lawrence cedera sewaktu dalam latihan bersama Manly Marlins

NEWS

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

Advertisement
0