Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bantuan peralatan & pakaian sekolah kepada pelajar daripada keluarga asnaf yang bakal mendaftar di MRSM dan SBP

NEWS

MALROSE BELA NASIB PELAJAR DI PEDALAMAN

Laksana misi bantuan persekolahan di samping beri dorongan anak-anak di luar bandar untuk ubah nasib keluarga

Kewujudan Malaysian Rugby Old Boys For Social Empowerment (MALROSE) membuka lembaran baru kepada komuniti ragbi tanahair dalam menjalankan kerja-kerja berteraskan kesukarelawanan dan kebajikan.

Selepas melaksanakan program bantuan persekolahan kepada sekolah dan pelajar di pedalaman Hulu Perak pada Februari lalu, MALROSE meneruskan inisiatif berikutnya sepanjang bulan Mac dengan memfokuskan kepada persiapan persekolahan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Justeru, pada 6 hingga 7 Mac lepas, MALROSE menghantar kelengkapan serta peralatan seperti pencetak, toner, kertas A4, alat pengimbas suhu, cecair pembasmi kuman, PPE serta alat tulis kepada 18 buah sekolah di Gerik bagi memastikan operasi pembelajaran berjalan lancar.

Misi MALROSE ke Gerik diteruskan dengan penyampaian peralatan kepada sekolah-sekolah di pedalaman (Gambar: Koleksi Suhaimi Yonz)
Misi MALROSE ke Gerik diteruskan dengan penyampaian peralatan kepada sekolah-sekolah di pedalaman (Gambar: Koleksi Suhaimi Yonz)

Turut disumbangkan bekalan makanan kepada keluarga asnaf serta pakaian uniform sekolah di samping mengenalpasti jenis bantuan diperlukan oleh pelajar-pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

LAPORAN BERNAMA: MISI MALROSE KE GERIK (7 MAC 2021)

Seterusnya, pada 20 dan 21 Mac, MALROSE sekali lagi bertandang ke Gerik untuk menyampaikan bantuan berupa 11 buah komputer riba dan dua set komputer peribadi kepada pelajar-pelajar yang sangat memerlukan.

Manakala sebanyak 52 set pakaian lengkap sekolah disumbangkan kepada pelajar daripada keluarga asnaf yang telah dikenalpasti sebelum ini.

Menurut Pengarah Program, Dr. Helmee Effendee yang dihubungi Ragbi.MY berkata, sumbangan berupa mesin pencetak, toner, kertas A4 serta alat tulis telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah bagi memastikan pelajar dapat menjalani sesi persekolahan dengan lebih baik.

Terkini, pada 30 Mac lepas, MALROSE digerakkan sekali lagi bagi menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan sekolah dan persediaan memasuki asrama kepada tiga pelajar daripada golongan asnaf yang akan melanjutkan pelajaran ke MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Misi MALROSE seterusnya ke Jeli, Kelantan pada 9-10 April nanti

Helmee dalam reaksinya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua dermawan dan sukarelawan yang telah berganding bahu dan secara tidak langsung berjaya menyatukan penggiat ragbi tanahair termasuk organisasi alumni dari seluruh negara untuk melaksanakan aktiviti kebajikan ini.

Mengikut perancangan, MALROSE akan ke Jeli, Kelantan pada 9 hingga 10 April nanti untuk misi bantuan persekolahan di kawasan pedalaman di sana.

Helmee menyeru mana-mana individu ataupun organisasi yang berminat untuk menyumbang sama ada dalam bentuk wang atau barangan keperluan, dapat menghubungi MALROSE bagi menjayakan program tersebut.

Dapatkan edisi Mac menampilkan sukan touch yang sedang berkembang dengan pesat di Malaysia serta menampilkan kisah-kisah menarik dunia ragbi tempatan dan antarabangsa.
Edisi Mac 2021 menampilkan Fendi X-Factor

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

INISIATIF MALROSE BERI MANFAAT KEPADA PELAJAR SK RPS POS KEMAR JALANI PEMBELAJARAN LEBIH SELESA

NEWS

PENUBUHAN MALROSE BERI PELUANG KOMUNITI RAGBI TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEBAJIKAN & KESUKARELAWANAN

Advertisement
0