Malaysian Rugby Oldboys for Social Empowerment (MALROSE) hari ini melancarkan topi edisi terhad bagi meneruskan agenda kebajikan dan pendidikan masyarakat luar bandar melalui aktiviti penjanaan dana.
Inisiatif terkini menyaksikan kolaborasi bersama Ragbi.MY dengan penghasilan reka bentuk menarik dalam usaha mengumpul dana bagi pelaksanaan misi seterusnya di Marang, Terengganu.
Menurut jurucakap MALROSE, Misi Marang akan dilaksanakan pada 9 dan 10 Oktober 2021 melibatkan 26 buah sekolah di kawasan berkenaan.
Seperti misi-misi terdahulu, MALROSE mensasarkan sebanyak 26 unit pencetak serta bekalan kertas A4 yang akan disumbangkan kepada sekolah bagi menyokong PdPR.

Hasil daripada jualan topi ini akan disalurkan bagi tujuan pembelian peralatan seperti pencetak, kertas A4, alat tulis serta sumbangan kepada keluarga-keluarga asnaf yang dikenalpasti oleh ketua masyarakat di situ.
Helping out the MALROSE wayThis video describe how MALROSE helps rural students and their families through the pandemic lockdowns. Our focus is to mitigate issues of economic livelihood and eradication of poverty through education. Our general aims are "equal education for all children", "no child left behind" and "empowering small rural enterprises for the asnafs"
Posted by Malrose – Malaysian Rugby Oldboys For Social Empowerment on Monday, August 30, 2021
Pelaksanaan misi selama dua hari itu akan melibatkan kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah, agensi pelaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta sukarelawan MALROSE yang sentiasa bersedia memberi khidmat apabila diperlukan.
Justeru, orang ramai khususnya komuniti ragbi tanah air diseru untuk menyokong usaha murni ini seterusnya melahirkan generasi pelajar cemerlang dari kalangan keluarga kurang berkemampuan di luar bandar.
You must be logged in to post a comment Login