Connect with us

Hi, what are you looking for?

Allahyarham Tan Sri Zaman Khan pernah memegang teraju KRM dari tahun 1989 hingga 1998

NEWS

MANTAN PRESIDEN KRM MENINGGAL DUNIA

Tan Sri Zaman Khan menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 11 September 2021

Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi, 11 September lepas.

Sebelum ini Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lepas selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.

Allahyarham juga pernah menjalani rawatan di hospital yang sama pada Januari tahun lalu susulan mengalami pendarahan dalam usus.

Sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman, Allahyarham terbabit dalam kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P. Kalimuthu, yang dikenali sebagai Bentong Kali.

Allahyarham juga antara pegawai kanan polis yang terawal di lokasi kejadian tragedi kondominium Highland Towers pada 1993.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada 1997.

Bagi penggiat sukan tanahair, Malaysia kehilangan seorang tokoh pentadbir sukan era 80-an hingga 2000 khususnya dalam sukan ragbi.

Allahyarham pernah memegang jawatan selaku Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dari tahun 1989 hingga 1998.

Mara ke separuh akhir kategori Plate pada temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 ialah antara pencapaian terbaik skuad Bunga Raya ketika Allahyarham menerajui KRM ketika itu.

Bekas Setiausaha Agung KRM, M. Suhaimi Zainuddin ketika dihubungi berkata, “Allahyarham menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memajukan sukan ragbi Malaysia secara menyeluruh.

“Melalui visi dan kepimpinannya, Malaysia pernah muncul keempat terbaik Kejohanan Asia 1994 yang disertai lapan pasukan iaitu Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Sri Lanka, Singapura dan Thailand,” katanya.

Allahyarham turut pernah dilantik menjadi Ketua Kontinjen atau Chef de Mission (CDM) negara pada Sukan SEA Bangkok 1985.

SERTAI RAGBI.MY RWC VIRTUAL CHALLENGE SEKARANG

RWC Challenge
Sertai Ragbi.MY RWC Virtual Challenge sekarang!

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0