Connect with us

Hi, what are you looking for?

MTA sah keanggotaan FIT
Logo rasmi Malaysia Touch Association (MTA)

NEWS

MTA DISAHKAN AHLI GABUNGAN RASMI FEDERATION OF INTERNATIONAL TOUCH (FIT)

Kehadiran Malaysia dalam badan dunia berkenaan menjadikan sejumlah 46 buah negara kini bernaung di bawah FIT

Penggiat sukan Touch tanah air menerima perkhabaran gembira apabila Malaysia Touch Association (MTA) dengan rasminya disahkan sebagai Ahli Gabungan Rasmi kepada Federation of International Touch (FIT) baru-baru ini.

Presiden Interim MTA, Hj. Ahmad Sufiani Johari memaklumkan perkara tersebut kepada Ragbi.MY berkata, status keanggotaan MTA dalam badan dunia itu diterimanya pada 19 Ogos lalu.

MTA Post pandemic plan
HJ. AHMAD SUFIANI JOHARI, Presiden Interim, Malaysia Touch Association (MTA)

“Saya dengan rasa penuh syukur dan gembira memaklumkan bahawa MTA kini disahkan sebagai Ahli Gabungan Rasmi FIT dan sewajarnya berita ini dikongsikan bersama peminat dan penggiat sukan Touch tanah air,” kata Sufiani.

Menurutnya lagi, MTA kini berstatus “Federation of International Touch National Touch Organisation (FIT NTO) Fully Financial Member”.

Dengan pengiktirafan tersebut, Malaysia kini mendapat kelayakan untuk menyertai semua acara anjuran FIT, layak dijemput untuk semua acara anjuran FIT, diberi akses dan penyertaan penuh dalam program pembangunan sukan Touch serta diberi hak untuk hadir, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung badan dunia itu.

Kehadiran Malaysia dalam badan dunia berkenaan menjadikan sejumlah 46 buah negara kini bernaung di bawah FIT.

“Ini adalah berita yang sangat membanggakan, lebih-lebih lagi dalam bulan kemerdekaan ini, pengiktirafan terhadap sukan Touch Malaysia serta keanggotaan MTA sebaris dengan negara-negara kuasa besar dalam sukan ini,” jelas Sufiani lagi.

Tambahnya lagi, status keanggotaan MTA dalam FIT sudah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 20 Ogos lalu.

Selaku Presiden Interim M, Sufiani merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus berusaha dalam meraih pencapaian ini.

“Insya Allah, dengan sokongan semua, MTA akan terus memperkasakan sukan Touch di Malaysia seterusnya membawa nama negara ke peringkat dunia seperti yang telah dibuktikan sewaktu menjadi tuan rumah Piala Dunia Touch 2019 di Putrajaya,” katanya lagi.

EDISI OGOS 2021 KINI BOLEH DIDAPATI DI PASARAN

EDISI OGOS 2021 KINI DI PASARAN

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Mengimbas kejayaan Malaysia selaku penganjur terbaik Touch World Cup 2019

FEATURES

Malaysia Touch Association (MTA) has set a 10-year strategic plan to develop and further enhance the development of Touch in Malaysia. MTA President, Hj....

FEATURES

Touch, also known as Touch Football or Touch Rugby around the world, is a thrilling sport that allows people of all walks of life...

FEATURES

Rentetan kejayaan Kelab Sukan Telekom Malaysia (TM) menganjurkan kejohanan ragbi empat penjuru antara syarikat-syarikat GLC tahun lepas, kelab berkenaan kembali dengan penganjuran acara ragbi...

Advertisement
0