Connect with us

Hi, what are you looking for?

Komuniti touch tanah air menyambut baik penganjuran liga kebangsaan oleh MTA

NEWS

MTA UMUM TARIKH NATIONAL TOUCH LEAGUE

Persediaan awal negara bagi menyertai kejohanan-kejohanan dunia pada tahun 2022 & 2023

PUTRAJAYA – Malaysia Touch Association (MTA) mengumumkan tarikh Kejohanan National Touch League (NTL) yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Disember 2021 di Putrajaya.

Kenyataan tersebut diumumkan oleh Presiden MTA, Hj. Ahmad Sufiani Johari sewaktu ditemuramah oleh Unit Berita Sukan Radio TV Malaysia (RTM) ketika beliau hadir dalam sesi latihan bersama beberapa pasukan negeri di Kuala Lumpur semalam.

Logo rasmi Kejohanan National Touch League yang akan berlangsung pada 11 dan 12 Disember 2021

Menurut Sufiani, buat julung kalinya MTA menganjurkan kejohanan liga kebangsaan tersebut yang tujuan utamanya ialah untuk mempromosikan sukan touch sebagai ‘Sukan Untuk Semua’.

“Selain mempromosikan sukan touch, kejohanan ini berperanan sebagai platform bagi memilih atlet serta pencarian bakat baru untuk mewakili Malaysia ke beberapa kejohanan utama dunia pada tahun 2022 dan 2023,”

Ahmad Sufiani Johari

Antara kejohanan yang bakal disertai pasukan negara ialah Kejohanan Touch Piala Asia 2022 di Shanghai, China, Kejohanan Piala Dunia Touch Belia 2023 di Manchester serta Kejohanan Piala Dunia Touch 2023 (yang masih lagi dalam proses bidaan).

Ahmad Sufiani sewaktu mengadakan pertemuan dengan komuniti touch di padang Pusat Latihan TM Jalan Semarak semalam

“Selain pencarian bakat baru, kejohanan yang bakal berlangsung juga berperanan untuk memupuk sentimen Keluarga Malaysia iaitu semangat kebersamaan secara inklusif merentas sempadan agama dan bangsa khususnya dalam sukan touch,” ujarnya lagi.

Sesi latihan berlangsung di padang Pusat Latihan TM Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam.

Jelas Sufiani lagi, sebanyak sembilan negeri telah mengesahkan penyertaan iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Presiden Persekutuan Sukan Touch Antarabangsa (FIT) Erick Acker juga telah mengesahkan kehadiran ke acara tersebut.

Pada sesi latihan semalam menyaksikan tiga pasukan negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Putrajaya mengadakan latihan bersama di padang Pusat Latihan TM di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Presiden Persatuan Touch Negeri Sembilan, Hj. Mohd Farid Shah (kiri) menyampaikan bola touch kepada wakil media disaksikan oleh Ahmad Sufiani (tengah)

Hadir sama ke sesi latihan tersebut Presiden Persatuan Touch Negeri Sembilan, Hj Mohd Farid Shah Mohd Basir merangkap Timbalan Presiden MTA.

Dalam perkembangan berkaitan, Sufiani menyambut baik peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 18 Oktober menyaksikan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka memasuki Fasa 4 PPN.

“Bagi pihak MTA, kami telah merancang pelbagai aktiviti serta program pembangunan selaras dengan PPN dan peralihan fasa ini memberi isyarat jelas bahawa Malaysia berada di landasan yang betul untuk bangkit dalam setiap sudut terutamanya sektor sukan,” kata Sufiani.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang bertungkus lumus untuk memastikan penganjuran kejohanan liga kebangsaan ini menjadi kenyataan khususnya barisan ahli jawatankuasa induk MTA, kepimpinan persatuan-persatuan negeri serta komuniti sukan touch di Malaysia yang begitu teruja untuk menyertai acara ini,” jelasnya lagi.

BACAAN BERKAITAN>>

AHMAD SUFIANI DIPILIH PRESIDEN PERSATUAN SUKAN TOUCH MALAYSIA PENGGAL 2021-2023

Laporan Berita RTM 17 Oktober 2021 (Sumber: Saluran Youtube Berita RTM)

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0