Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

NASIB VENUE SUKMA JOHOR

Bakal menjadi projek gajah putih jika tidak digunakan sepenuhnya

Portal berita Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan kerajaan negeri Johor berada dalam dilema apabila venue dibangunkan bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 yang menelan belanja kira-kira RM500 juta menjadi projek gajah putih, setelah ia siap dibina sejak 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya sudah menyediakan takwim program serta kejohanan terbuka di beberapa venue terbabit namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan faktor penularan pandemik Covid-19.

Kata beliau, pihaknya juga terpaksa menolak permohonan daripada kontinjen negeri lain yang mahu ‘mencuba’ infrastruktur bertaraf antarabangsa itu kerana terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita sudah membelanjakan hampir separuh bilion dengan bantuan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat bagi pembinaan keseluruhan venue Sukma Johor 2020 ini, namun ia belum dapat digunakan lagi.

Datuk Onn Hafiz Ghazi – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor

“Kita sudah merangka cadangan aktiviti yang akan dianjurkan dengan kerjasama pihak Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), pihak persatuan sukan negeri dan kebangsaan malah tidak kesampaian akibat kekangan PKP.

“Apa yang boleh kita buat adalah untuk memastikan kesemua venue ini diselenggarakan dengan baik. Kita tidak mahu nanti apabila tiba masa penganjuran Sukma Johor 2020, venue itu sudah tidak boleh pakai,” katanya selepas sesi dialog Johor Sports Masterplan 2030, di sini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri kini membelanjakan kira-kira RM6.4 juta setahun bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kesemua venue Sukma Johor 2020.

Katanya, penyelarasan tugasan tersebut dibuat Perbadanan Stadium Johor melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan infrastruktur dan kemudahan terbabit dijaga dengan baik.

November lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan Sukma dan Para Sukma 2020 yang dijadualkan berlangsung di Johor pada tahun ini terpaksa dibatalkan.

Ikuti perkembangan terkini dunia sukan ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan untuk anda oleh Ragbi.MY – majalah ragbi pertama di Malaysia.

Ikuti kisah menarik pasangan suami isteri Siddiq & Liyana dibawakan secara eksklusif oleh Ragbi.MY

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican telah memutuskan untuk menangguhkan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang dijadualkan berlangsung...

Advertisement
0