Connect with us

Hi, what are you looking for?

New Zealand performs the haka after the cup final win against Australia on day two of the HSBC Canada Sevens 2020 at BC Place Stadium on 8 March, 2020 in Vancouver, Canada. Photo credit: Mike Lee - KLC fotos for World Rugby

NEWS

New Zealand Sah Juara HSBC World Rugby Sevens Series 2020

Ditamatkan awal berikutan pandemik COVID-19

World Rugby baru-baru ini mengumumkan bahawa New Zealand disahkan sebagai juara keseluruhan HSBC World Rugby Sevens Series 2020.

Pengumuman tersebut dilakukan berikutan pembatalan baki kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Langford, London, Paris, Singapura dan Hong Kong akibat pandemik COVID-19.

World Rugby dalam kenyataannya menjelaskan bahawa kedua-dua pasukan lelaki dan wanita New Zealand telah mengungguli siri kejohanan 7 sebelah itu sebelum pandemik melanda dan menyebabkan baki acara terpaksa dibatalkan.

Pasukan wanita New Zealand yang dikenali sebagai The Black Ferns Sevens berada di kedudukan podium pada empat daripada lima pusingan yang berlangsung, manakala All Black Sevens berjaya meraih tiga kejuaraan daripada enam pusingan yang sempat diadakan sebelum pandemik melanda.

The Black Fern Sevens meraikan kejuaraan apabila menewaskan Kanada di HSBC Sydney Sevens 2020 di Bankwest Stadium pada 2 Februari 2020 di Sydney, Australia.
Photo credit: Mike Lee – KLC fotos for World Rugby

The Black Ferns Sevens menjuarai kejohanan di Dubai, Cape Town, Hamilton dan Sydney. Manakala sewaktu di Glendale, mereka hanya mencatat tempat ketiga.

Bagi All Blacks Sevens, skuad yang dipimpin oleh Clark Laidlaw itu merangkul johan pada pusingan di Cape Town, Hamilton dan Vancouver.

Dari kiri: Vilimoni Koroi, Joe Ravouvou, Akuila Rokolisoa dan Amanaki Nicole bersama trofi kejuaraan HSBC Canada Sevens 2020 pada 8 Mac 2020 di Vancouver, Kanada.
Photo credit: Mike Lee – KLC fotos for World Rugby

Manakala sewaktu beraksi di Dubai, mereka muncul di tempat kedua dan meraih tempat ketiga di Los Angeles.

Bagi kategori wanita, juara Olimpik, Australia di tempat kedua manakala Kanada di tempat ketiga. Afrika Selatan selaku juara tahun 2018 meraih tempat kedua kategori lelaki dan Fiji di tempat ketiga.

Pengerusi World Rugby, Sir Bill Beaumont dalam kenyataannya merakamkan ucapan tahniah kepada skuad lelaki dan wanita New Zealand yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan konsisten sebelum pandemik melanda, serta Jepun yang memenangi Challenger Series sekaligus mendapat tempat ke HSBC World Rugby Sevens edisi 2021.

“Meskipun keputusan (pembatalan kejohanan Sevens Series) mengecewakan pemain, peminat, penganjur serta semua yang terlibat, kesihatan dan kesejahteraan komuniti ragbi sentiasa menjadi keutamaan nombor satu,” kata Beaumont.

“Keputusan sukar ini terpaksa diambil selepas mengadakan perbincangan serta konsultasi daripada pelbagai pihak dan agensi kesihatan umum dari seluruh dunia merujuk kepada keadaan global ketika ini,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, peminat yang telah membeli tiket bagi pusingan di Langford, London, Paris, Singapura dan Hong Kong diminta menghubungi pihak pengurusan acara venue terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

No global calendar until at least 2024

NEWS

Dua perlawanan berlangsung semalam menyaksikan pertembungan Maori All Blacks bertemu Moana Pasifika manakala Los Pumas turun menentang Wallabies pada perlawanan terakhir Tri Nations 2020

FEATURES

A comprehensive report published by World Rugby, exactly one year on from the Rugby World Cup 2019 final, based on results from two global...

NEWS

Komuniti ragbi antarabangsa baru-baru ini memperkatakan garis panduan oleh World Rugby dalam langkah memulakan kembali aktiviti sukan itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19. World...

Advertisement
0